Tuesday, June 23, 2015

PAS Pusat Perlu Pujuk Amiruddin Hamzah, Takkan Nak Beri Pada Zulhazmi Shariff?
























Agak mendukacitakan penulis apabila mendapat perkhabaran dari Kedah yang mengatakan bahawa Adun Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah, menolak pelantikannya oleh PAS Pusat sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah baru-baru ini.

Sungguh mengecewakan apabila pemimpin kanan PAS Kedah yang juga antara paling dipercayai oleh mantan Menteri Besar, Allahyarham Tan Sri Azizan Razak, tiba-tiba enggan memegang tanggungjawab mengepalai PAS di negeri jelapang padi itu.


Penulis tertanya-tanya, apakah yang menjadi batu penghalang bagi anak bekas Setiausaha Agung UMNO Bahagian yang melompat masuk PAS itu sehingga bertindak melepaskan tanggungjawab tersebut?


Pada pandangan penulis, Amiruddin merupakan individu paling layak mengemudi PAS Kedah setelah arwah Ustaz Azizan pergi pada tahun 2013. Beliaulah orang harapan PAS di Kedah di mana beliau diterima baik oleh kawan dan lawan.


Dari sudut pendidikannya pula, Amiruddin bukan calang-calang pemimpin. Di depan namanya, sepatutnya terpampang gelaran "Ir" yang menandakan beliau merupakan seorang jurutera yang diiktiraf dan memiliki kreadibiliti dalam bidang kejuruteraan.


Ketika arwah Ustaz Azizan mentadbir Kedah, Amiruddin dilihat antara pemimpin yang paling rapat dengan bekas Menteri Besar itu. Beliaulah yang sering memimpin tangan Allahyarham ketika mana Ustaz Azizan "ditikam" di kiri dan kanan oleh Datuk Phahrolrazi Zawawi dan "sidekick-sidekick"nya.


Tidak dinafikan, ekoran pendirian beliau yang sebelum ini sangat menghormati ulama di dalam PAS termasuk Allahyarham Ustaz Azizan dan Allahyarham Datuk Ustaz Fadzil Noor, Amiruddin dilihat mesra dengan semua golongan di dalam PAS, sama ada pro-ulama atau pro-"jebon".


Ketika PAS Kedah berkrisis memperlihatkan "ribut taufan" di antara Ustaz Azizan dengan Phahrolrazi sebelum PRU ke-13 lalu, Amiruddin dilihat bijak menempatkan diri di antara kedua seniornya itu.


Selaku Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Kedah ketika itu, beliau tunjuk sayangnya kepada Ustaz Azizan sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah, dan tidak pula "menderhaka" pada Phahrolrazi yang ketika itu dikatakan merupakan Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Kedah.


Ketika Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berhempas pulas bersama UMNO Kedah dan berjaya menawan negeri itu sebelum diambil alih oleh Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Amiruddin sedikit pun tidak goyah untuk terus bersama PAS walaupun bapanya merupakan bekas Setiausaha UMNO di salah satu bahagia di negeri itu.


Malah, meskipun Mukhriz itu merupakan rakan dan Presidennya di dalam Ansara, Amiruddin tidak kekok untuk berbahas mempertikai dan menyerang Kerajaan Negeri Kedah di bangku pihak pembangkang dalam setiap sesi Dewan Undangan Negeri.


Namun entah silap di mana, tiba-tiba nama Amiruddin tidak diletakkan di dalam "cai" terpilih dari Dewan Ulama PAS? Sungguh pelik, hairan bin ajaib! Ya, beliau tewas bertanding jawatan AJK PAS Pusat dalam pemilihan PAS baru-baru ini.


Agaknya, mungkin kerana itulah Amiruddin "merajuk", enggan menerima lantikan dari PAS Pusat yang dikuasai golongan pro-ulama. Mungkin rajuk itulah yang membuatkan beliau menolak jawatan Pesuruhjaya PAS Kedah. Luka dihati orang, siapa yang tahu sedalam mana, bukan?


Justeru itu, penulis mengharapkan agar PAS Pusat hantarlah "delegasi" ke Kedah untuk bertemu dengan Amiruddin. Pujuklah orang kanan Ustaz Azizan itu supaya menerima jawatan yang dilantik dan mengetuai PAS di negeri jelapang padi itu.


Bukan apa, kalau hendak dibariskan para pemimpin PAS Kedah, rasanya nama Amiruddinlah yang paling layak untuk jawatan tersebut.


Siapa? Datuk Mahfuz Omar? Kuat sangat merapunya dan payah berada di dalam "radar kawasan liputan". Datuk Taulan Rasul? Sudah "expired". Ustaz Ahmad Yahya? Kurang pengalaman. Ustaz Azam Samad? Masih "mentah". Nasir Mustafa? Cenderung PasMa.


Aishah Ghani? Muslimat agak mustahil. Romani Wan Salim? Md Zuki Yusof? Siapa mereka berdua itu, tidak pernah dengar nama? Sanusi Mohd Noor? Bergaduh pula nanti. Phahrolrazi Zawawi? Apa kamu sudah gila cadangkan nama itu???!!!


Memang sukar bagi PAS Pusat untuk memilih Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru jika Amiruddin menolak lamaran itu. Namun jika dilihat dari sudut rasional, beliaulah yang paling layak untuk jawatan tersebut.


Tapi kalau payah sangat PAS Pusat mahu memujuk Amiruddin dan beliau pun tegar sangat tidak makan dipujuk, lantik sajalah Zul Hazmi Shariff itu. Walaupun dapat 7 undi ketika mencabar jawatan Ketua Pemuda PAS penggal lepas, dia pun okay juga apa. Lawyer woooo..! 

Disediakan oleh : Amir Hamzah/Utaranews.com

No comments:

Post a Comment