Wednesday, June 24, 2015
Pelampau Buddha Myanmar Tuntut Haramkan Hijab Kepada Pelajar Islam
24 Jun 2015, Myanmar : Selepas bertindak kejam terhadap etnik Rohingya,
kumpulan pelampau Buddha di Myanmar menuntut kerajaan negara itu
mengharamkan pemakaian tudung kepala dan hijab di kalangan pelajar Islam
dengan alasan ia tidak menepati peraturan sekolah.
Kumpulan pelampau itu, Ma Ba Tha menuntut serius kepada pihak kerajaan
untuk mengharamkan pelajar Islam memakai burqa di sekolah-sekolah
kerajaan.
Saminya, U Pamaukkha berkata apabila umat Islam tinggal di Myanmar,
mereka perlu mematuhi undang-undang dan peraturan negara itu.
Permintaan tersebut diumumkan sami kumpulan itu ketika persidangan
minggu terakhir untuk membincangkan rancangan bagi menggalakkan agenda
nasionalis menjelang pilihan raya tahun ini di Rangoon.
Persidangan itu dihadiri kira-kira 1,300 sami dengan mengeluarkan satu
senarai cadangan untuk mengenakan sekatan lanjut terhadap masyarakat
Islam di negara itu.
Ma Ba Tha telah ditubuhkan dua tahun lalu yang mana telah berulang kali
menyebarkan keganasan antara kaum di negara itu termasuk memburukkan
imej masyarakat Islam.
Sebelum ini, pelampau Buddha di Myanmar juga antara mereka yang
bertindak kejam membunuh minoriti Rohingya. Dilaporkan beribu-ribu
pelarian Rohingya melarikan diri dan mendarat di Malaysia, Indonesia dan
Thailand.
Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu menggambarkan etnik muslim Rohingya
merupakan salah satu minoriti yang paling tertindas di dunia. Mereka
telah dinafikan hak kewarganegaraan sejak pindaan undang-undang
kewarganegaraan pada tahun 1982 dan dianggap sebagai pendatang haram di
tanah mereka sendiri.
Kerajaan Burma dan juga majoriti Buddha enggan mengiktiraf Istilah “Rohingya”, dan mereka merujuk kepada “Benggali”.
Dipetik daripada sumber : Agensi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment