Dengan demikian mereka yang hadir berpeluang mendekati aspek berpuasa yang diamalkan masyarakat lslam sebagai sesuatu yang wajib setiap tahun dalam bulan Ramadhan.
Selain terpaksa menunggu lebih sejam sebelum mereka menjamah makanan menunggu waktu berbuka, mereka terdiri dari 600 masyarakat bukan Islam mewakili pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan atau NGO di Perak turut mendengar pengalaman berpuasa Menteri Besar.
Program berbuka puasa diadakan di kediaman rasminya di Ipoh Isnin.
Dalam ceramah ringkas, Dr.Zambry turut berkongsi pengalaman dengan masyarakat bukan lslam mengenai intipati berpuasa serta falsafah berpuasa yang dianjurkan agama lslam itu.
Katanya tujuan majlis ini bagi memberi pemahaman kepada bukan Islam mengenai cara umat Islam berpuasa.
Katanya beliau berhasrat memberi pencahayaan kepada orang bukan beragama Islam mengenai cara-cara umat islam berpuasa dan juga berbuka.
Lumrah bagi setiap agama mengamal berpuasa tetapi bagi kita, majlis ini memberi peluang menonjolkan keindahan Islam dalam menjalani ibadah puasa terutama dalam bulan Ramadan.
“Kita perlu mengenepikan ketakutan di antara satu sama lain dalam beragama sehinggakan kita tidak berkongsi atau pun bercakap hal keagamaan bersama-sama.
“Sudah tentu masyarakat bukan Islam tidak tahu bagaimana orang Islam berpuasa. inilah keindahan beragama, setiap agama berpuasa dan ini adalah cara Islam berpuasa,” katanya.
Agak terharu kerana ada yang masih kabur konsep berpuasa. Justeru bagi Lok Heng Woon, 53, majlis petang ini mengubah persepinya terhadap umat islam dalam menjalankan ibadah puasa.
“Banyak yang saya belajar hari ini, sebelum ini saya ingat Islam puasa hanya tidak boleh minum atau makan tetapi rupanya mereka turut perlu menahan segala nafsu sebagai manusia dan menghindari perkara negatif,” ujarnya.
Beberapa hari lalu Menteri Besar turut meraikan kira-kira 3,000 anak yatim dan pelajar maahad tahfiz dalam majlis berbuka puasa juga di kediaman rasminya.
Program bermula jauh lebih awal iaitu 6 petang bermula dengan persembahan nasyid, tahlil, doa selamat dan bacaan ayat-ayat suci al - Quran.
Majlis kemudian diteruskan solat Maghrib, Isyak, Terawih dan Witir berjemaah yang diimamkan oleh Penasihat Agama Menteri Besar, Datuk Najmuddin Elias serta seorang pelajar tahfiz.
Program ini diadakan di kediaman beliau sejak lebih enam tahun lalu.Selain program ini, anak-anak yatim dan pelajar maahad tahfiz sering hadir ke rumah beliau setiap Khamis malam Jumaat dalam program keagamaan.
"Mereka pun telah mesra dengan saya, malah menjadikan rumah ini umpama sebahagian daripada rumah mereka," katanya.

No comments:
Post a Comment