Tuesday, June 23, 2015

Terima Kasih JAWI, Jamil Khir Atas Kewarasan Biarpun Agak Lewat

raina 
Terima Kasih Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kerana menarik balik rayuan terhadap pembebasan pekerja kedai buku Borders, Nik Raina Nik Aziz, daripada tuduhan mengedar buku penulis kontroversi, Irsyad Manji.

Pada 15 Mac 2015, menerusi laman MYKMU.NET menerbitkan satru artikel berjudul Kes Nik Raina : Cukuplah JAWI, Banyak Kerja Dakwah Lain Boleh Dibuat yang antara lain
Cukuplah Jawi, tutuplah episod ini. Usah dipanjangkan lagi. Semua pihak sudah mendapat pengajaran, mengapa Jawi sebagai sebuah badan dakwah Islam masih mahu memenjarakan umat Islam lain atas kesalahan yang di luar kuasa beliau pun.

Hari ini Ketua Pendakwa Syarie JAWI telah menarik balik rayuan untuk menghalang pembebasan Nik Raina Mac lalu. 

Menurut BERNAMA, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Datuk Seri Dr Md Yusup Che Teh yang mempengerusikan panel tiga hakim sebulat suara membenarkan permohonan untuk menarik balik rayuan itu oleh ketua pendakwa Syarie Mohammad Adib Husain.

“Selepas meneliti permohonan daripada Ketua Pendakwa Syarie dan tiada bantahan dikemukakan mana-mana pihak, mahkamah membenarkan permohonan dan rayuan dibatalkan,” kata hakim itu.

Pada 26 Februari lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Mohd Amran Mat Zain melepas tanpa membebaskan Nik Raina daripada pertuduhan itu dan pada 9 Mac, JAWI memfailkan rayuan terhadap pembebasan berkenaan.

Pada 19 Jun 2012, Nik Raina didakwa mengedar buku ‘Allah, Kebebasan dan Cinta’ karya penulis kontroversi, Irshad Manji, yang bertentangan dengan hukum syarak di kedai buku Borders di The Gardens Mall, Mid Valley.

Nik Raina didakwa melakukan kesalahan itu dengan cara menjual buku bertajuk Allah, Kebebasan dan Cinta (Keberanian untuk menyelaraskan kebebasan dengan iman) terjemahan buku tulisan Irshad yang bertajuk ‘Allah, Liberty and Love’ (The courage to reconcile faith and freedom) yang bertentangan dengan hukum syarak.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kedai buku Borders, milik Berjaya Books Sdn Bhd, Lot T-216B, Tingkat 3, The Gardens Mall, Mid Valley City, antara 8.41 dan 9.45 malam pada 23 Mei 2012.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 13(1) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ketika ditemui pemberita, Nik Raina, 39, ditemani peguam Rosli Dahlan melahirkan rasa gembira dan bersyukur dengan keputusan mahkamah itu, selain berharap pendakwaan tidak akan meneruskan pendakwaan terhadapnya kerana beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Hari ini genap tiga tahun sebulan prosiding kes ini dan biarlah kes hari ini adalah terakhir dalam hidup saya,” kata Nik Raina, yang kini pengurus bahagian latihan di Borders The Curve.

Sungguhpun ia dianggap agak lewat, namun jutaan Terima Kasih JAWI dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom atas keterbukaan hati menutup episod kontroversi ini dengan penuh hikmah. Islam harus dilihat sebagai agama lemah lembut dan penyayang, bukannya gasar dan tidak rasional.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment