Wednesday, August 26, 2015
Bangang Namanya !!!!! Mat Sabu Tolak PAS Tapi Mahu Ahli PAS Ramai-Ramai Turun Sokong Bersih 4.0
SHAH ALAM : Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu melanggar
pendirian parti dengan mendesak ahli PAS supaya beramai-ramai sertai
perhimpunan Bersih 4.0 hujung minggu ini.
Walaupun sudah menolak PAS sebagai sekutu dalam pakatan pembangkang
baru, Mohamad Sabu atau Mat Sabu menyuarakan keyakinannya terhadap
sokongan daripada ahli PAS dalam sidang akhbar mengenai pembabitan GHB
dalam Bersih 4.0 di sini tadi.
"Tidak terjejas (penyertaan peserta Bersih 4.0) bahkan saya yakin
ahli-ahli PAS juga akan bersama dalam himpunan itu. Bersih 4.0 adalah
isu rakyat, semuanya tidak kira parti politik akan bersama", katanya
dalam sidang media di GHB Selangor.
Dalam pada itu, GHB akan menghantar 500 wakil untuk bersama-sama
menyertai himpunan berkenaan yang disifatkan himpunan jalanan pertama
GHB.
"Himpunan Bersih ini cukup penting kepada semua agar berjalan dengan
lancar. Dan kami GHB dapat menyirimkan sukarelawan yang arif melebihi
500 orang dengan uniform, mereka akan bertugas pada 29 dan 30 September
nanti bersama Pemuda DAP, AMK, dan Jawatankuasa Bersih 4.0, lebih
daripada 2,000 pengawasan akan bertugas pada 29 dan 30 Ogos nanti."
Dalam perkembangan berkaitan, beliau yakin pihak berkuasa akan bertindak
secara bijak dalam menangani himpunan pada Sabtu dan Ahad ini.
"Saya rasa polis ada pertimbangan dan mereka sudah hadapi himpunan aman
banyak kali, dan kali ini mereka (polis) akan bertugas dengan baik
seperti lalu."
Semalam Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata akan
hanya menghantar tiga wakil bagi menyertai himpunan berkenaan.
Malah katanya, PAS tidak menghalang ahli-ahli parti berkenaan menyertai Bersih 4.0.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment