Memang masih terdapat ruang dan peluang bagi rakyat Malaysia yang
terdiri pelbagai lapisan masyarakat untuk terus bersatu padu hidup
bersama dalam keadaan yang harmoni dan aman damai biarpun negara kini
bagaikan diuji dengan pelbagai dugaan dan rintangan.
Satu kemalangan terjadi di hadapan Tenaga Cergas Kampar, Perak yang
melibatkan seorang warga tua yang hanya dikenali dengan nama Pakcik Shah
Petai yang di langgar sebuah bas yang melalui kawasan tersebut.
Saksi menyatakan, beliau melihat Pakcik Shah Petai meluru lari sebelum di langgar bas menyebabkan dia rebah ditengah jalanraya.
Tiba-tiba seorang pelajar wanita Cina dari UTAR terus meluru ke arah di
mana pakcik tersebut terbaring tak sedarkan diri dan pada sedaya upaya
melakukan CPR tanpa henti, kata saksi tersebut lagi.
Dalam masa yang sama, gadis Cina tersebut tidak henti-henti
menjerit, "Uncle..Uncle," seolah-olah ingin memberi semangat kepada
mangsa agar sedar.
"Pakcik Shah masih tak sedar diri .. pihak polis datang ke lokasi
kemalangan dan memeriksa mangsa yang dikatakan masih lagi dapat
dirasakan nadinya."
"Tanpa putus asa, gadis tersebut terus menekan dada Pakcik Shah,"
kata saksi yang mengakui airmatanya menitis melihat kesungguhan gadis
berkenaan untuk membantu mangsa biarpun pada penghujungnya, mangsa
kemudiannya meninggal dunia.
"(Gadis tersebut) tanpa kenal siapa yang dia tolong .. tanpa
mengira bangsa.... agama... dia di hadapan puluhan lelaki betul-betul
membuatkan saya sebak," kata saksi tersebut lagi sambil menambah beliau
kagum dengan gadis berkenaan.
"Kepada gadis tersebut, anda adalah satu dalam sejuta .. anda betul-betul telah menyentuh hati," ulasnya lagi.
Al-Fatihah
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment