Cakap banyak pun tak guna... kalau jenis degil dan keras kepala ini,
pihak berkuasa perlu bertindak tegas terutamanya terhadap
peimimpin-pemimpin Bersih 4.0.
Mereka bukan sahaja menggalakan 'perpecahan rakyat' lebih malang lagi tidak menghormati sambutan Hari Kebangsaan.
Sudah banyak contoh buruknya perhimpunan Bersih ini... nama saja
perhimpunan aman, ingat lagi kisah polis dan wartawan kena belasah depan
Sogo.
Kereta polis diterbalikkan... ada yang baling batu dan botol air ke arah polis.
Itu belum lagi kita cerita tentang 'persediaan' yang dibuat peserta...
pakaian yang mudah lari, sediakan penutup mata dan muka takut-takut kena
sembur gas, gereja yang jadi tempat perlindungan.
Bukan satu tapi tiga gereja disediakan penganjur untuk peserta Bersih
berlindung... tiga gereja tersebut adalah Gereja St John Cathedral di
Bukit Nanas, Gereja St Anthony di Pudu dan Gereja Fatima di
Brickfields... persoalannya perlindungan dari apa?
Adakah mereka sudah menjangkakan ada terjadi huru-hara?
Apa makna semua ini? bolehkah kita buat kesimpulan bahawa dalam bahasa
mudahnya penganjur Bersih 4.0 ini memang dari awal bukan hendak
perhimpunan aman, tapi perhimpunan provokasi untuk polis bertindak dan
tercetusnya huru-hara.
Sebab itu ramai dok perati... apa tindakan pihak berkuasa? orang kata cegah lebih baik dari mengubati.
Dalam pada itu bagi Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd
Salleh Said Keruak penganjur perhimpunan Bersih 4.0 perlu menghormati
penganjuran sambutan Hari Kebangsaan 2015 pada 31 Ogos di Dataran
Merdeka.
Beliau berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah membuat
keputusan tidak membenarkan perhimpunan tersebut diadakan kerana
bertindih dengan raptai sambutan peringkat kebangsaan.
"Polis sudah mengisytiharkan perhimpunan itu haram dan pemilik (tempat
penganjuran perhimpunan) (DBKL) tidak memberikan permit...dan apabila
tidak ada permit, perhimpunan atau demonstrasi itu sendiri dianggap
tidak sah.
"Jadi penganjur perlu menghormati acara Hari Kebangsaan, dan mereka
boleh mengadakan perhimpunan di mana-mana," katanya kepada pemberita
selepas melancarkan aplikasi dan permainan iMalaysia yang baru
dibangunkan sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Selasa.
Dalam pada itu, Mohd Salleh berkata mereka yang tidak bersetuju dengan
kerajaan boleh meluahkan pandangan mereka tetapi ia perlu dilakukan
secara rasional.
"Tidak ada salahnya jika anda meluahkan perasaan, atau tidak bersetuju
dengan kerajaan, tetapi terdapat perkara yang perlu diberi pertimbangan
iaitu keselamatan dan kestabilan negara kita," kata Mohd Salleh.
Beliau menegaskan kerajaan akan terus memastikan keharmonian kaum dan
agama di negara ini terpelihara, dan akan bertindak terhadap ancaman
pelampau dan pengganas.
Mohd Salleh berkata setiap orang juga perlu memiliki sikap menghormati
antara satu dengan lain tanpa mengira perbezaan pendapat antara mereka.
Sementara itu, pakar sejarah, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim
berkata Bersih yang mendapat sokongan padu parti pembangkang adalah
salah satu 'faktor penggalak' kepada perpecahan rakyat di negara ini.
Pensyarah berkenaan berkata, perhimpunan diadakan dilakukan menerusi
saluran tidak tepat itu akan membuka ruang kepada pihak tertentu
mengeksploitasi situasi berkenaan sehingga mewujudkan 'jurang' di antara
rakyat.
"Kalau tidak nanti ahli politik sendiri boleh mempergunakan keadaan itu," katanya dipetik oleh satu portal berita.
Pada masa sama Khoo berpendapat, orientasi Bersih yang menggalakkan
rakyat turun ke jalanan sebagai usaha sia-sia kerana tidak 'membuahkan
hasil' walaupun telah memasuki empat siri perhimpunan, termasuk Bersih
4.0 yang akan diadakan hujung minggu ini.
Tambah pensyarah di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya itu lagi,
tuntutan perlu disuarakan menerusi tindakan yang konkrit agar bukan
sahaja mampu 'menampakkan hasil', malah mampu mengelakkan eksploitasi
pihak tertentu yang boleh menjerumuskan perpecahan di kalangan rakyat.
"(Sewajarnya lakukan sesuatu) tindakan yang tidak beri peluang kepada
orang yang nakal untuk mengeksploitasi keadaan itu dan melagakan
penduduk. Di negara ini senang nak melagakan penduduk kerana kita masih
terbahagi kepada tiga ke empat bahagian," ujar beliau.
Justeru menurut beliau, sebarang ketidakpuasan hati terhadap pemerintah
sewajarnya disalurkan menerusi medium yang sesuai seperti menggunakan
kaedah perundangan, dan bukan menerusi perhimpunan jalanan.
"Setiap kali kita ada masalah mengenai tafsiran undang-undang atau
pelaksanaan undang-undang, kita perlu merujuk kepada bahagian
kehakiman," katanya sambil menambah rakyat mempunyai hak untuk
mempersoalkan keputusan pilihan raya di mahkamah.
Dari satu segi lain kata sejarawan ini, sekiranya tidak berpuas hati
dengan kerajaan yang memerintah, rakyat boleh menukar kepimpinan
menerusi pilihan raya yang pastinya bukan saja berkesan, malah ianya
cara yang lebih selamat.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment