PUTRAJAYA : Majlis Peguam akan mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa
(EGM) pada 12 September ini bagi membincangkan pemindahan wang dari luar
negara berjumlah RM2.6 bilion ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak.
Notis mengenai EGM yang akan diadakan pada 10 pagi di Hotel Renaissance
Kuala Lumpur itu telah diedarkan kepada ahli pada Selasa.
Antara agenda dan usul yang dululuskan ialah seperti beritkut.
& Gangguan siasatan terhadap aliran dana dari SRC International Sdn
Bhd (bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad, 1MDB), dan
pewmindahan wang berjumlah RM2.6 bilion ke akaun peribadi perdana
menteri, kedua-duanya telah dilaporkan secara meluas.
> Langkah-langkah yang harus diambil oleh Majlis Peguam untuk
memelihara kedaulatan undang-undang, menegakkan Perlembagaan
Persekutuan, dan menghalang pentadbiran keadilan daripada
diputarbelitkan dan semua perkara lain yang berkaitan dengannya.
Ia turut mengingatkan bahawa seramai 500 ahli Majlis Peguam perlu hadir
bagi mencukupi korum dan EGM akan dibubarkan pada pukul 11 pagi jika
korum tidak mencukupi.
Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) menegaskan bahawa RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun
perdama menteri bukan daripada 1MDB dan sebaliknya daripada penderma
dari Timur Tengah.
Suruhanjaya itu berkata, ia diketahui selepas mengambil keterangan daripada penderma.
SPRM berkata siasatan terhadap bekas anak syarikat 1MDB SRC International masih berjalan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment