Ini segelintir pelajar yang tidak pasti dari universiti mana mereka
belajar yang menggelarkan diri mereka 'mahasiswa' untuk menawan Parlimen
atau istilah popular '#OccupyParlimen'.
Kononnya mereka ini golongan terpelajar yang ingin menyuarakan segala
bentuk kepincangan Kerajaan di dalam mentadbir negara. Teorinya cukup
cantik. Realiti? Orang kata kalau acuan tidak betul maka hasilnya akan
kelihatan tidak betul.
Pelajar-pelajar (mereka ini tidak layak digelar Mahasiswa) yang berdemo
di Parlimen sejak semalam kalau ada sikit asas ilmu, pasti ada cara
untuk mendapatkan tarikh Hari Parlimen bersidang. Untuk apa kalau
berkampung di Parlimen kalau tiada sessi Parlimen?
Kepada siapa memorandum hendak dihantar atau kepada siapa demo itu ditujukan?
Maka hasilnya akan nampaklah kelemahan diri, populis dan lebih malang
kelihatan seperti kontraktor membaiki jalan kalau tidakpun sebagai
peminta sedekah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment