Hajat hendak mentertawakan orang, nampaknya sudah memakan diri sendiri
apabila individu yang memuat naik gambar berkenaan ditertawakan serta
dikritik netizen di media sosial.
Niat pasangan suami isteri hendak menarik perhatian pengguna laman
sosial terbantut apabila mereka sebaliknya dikecam pula di laman sosial
kerana memuatnaik sekeping gambar.
Pengguna itu dengan nama Intan Farhana memuatnaik gambar satu pasangan
dengan motosikal menunggu untuk memesan makanan di laluan pandu lalu
restoran makanan segera Mc’Donald’s.
“Aku laki bini terkejut bila tengok mamat ni dengan awek dia, berdekah
terkekek aku dengan laki aku ahh. ini drive thru bukan ride thru,”
katanya.
Bagaimanapun, kapsyen berkenaan mengundang kecaman dan kritikan dari
para netizen lain kerana sebenarnya pemandangan sebuah motosikal melalui
lorong pandu lalu itu sebenarnya sudah biasa dilihat.
Sebaliknya, pengguna laman sosial lain mengatakan tindakan Intan seperti
memalukan pasangan berkenaan yang tiada kereta berbanding mereka suami
isteri.
“Apa yang peliknya? Rider lalu Drive Thru McDonald adalah perkara biasa. Pertama kali ternampak ke?,” kata Ziba.
“Kat Arab nun ada je orang naik unta lalu Drive Thru. Tak ada pula yang peliknya. Baru keluar dari gua ke?” kata Nizam.
“Aku kerja di McDonald Drive Thru dah setahun. Memang dah biasa dah
tengok. Aku rasa Intan Farhana ini baru datang ke bumi. Diorang dari
Planet Nameck. Planet Nameck tak ada Drive Thru,” kata Azril Ril.
Oleh kerana menanggung malu kerana dikecam, akaun Intan didapati telah dimatikan dan dipadam dari laman sosial Facebook.
Di laman sosial, apa reaksi yang akan anda terima andai memuatnaik
sesuatu untuk dikongsikan agak sukar diramal. Ada kalanya, apabila kita
meramalkan ia akan viral, tiada apa yang akan berlaku.
Kadangkala, apabila kita merasakan bahan yang dikongsi itu tidak akan
mendapat perhatian, pada ketika itulah ia akan menjadi viral.
Dalam hal ini, agak tidak sesuai untuk Intan merakamkan gambar berkenaan
dan kemudian menjadikannya bahan jenaka kerana sekali sudah menjadi
mangsa kecaman di laman sosial, anda mungkin akan pupus selamanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment