Wednesday, August 26, 2015

Inilah Sebagai Pengajaran Untuk Rakyat Malaysia....Sebarkan

Masa Indonesia berhadapan Krisis kewangan, pelabur lari. Ini disebabkan beberapa faktor:-

-Demostrasi / rusuhan
-Kestabilan politik
-Sentimen kaum/bangsa/suku/ wilayah autonomi
-Sikap masyarakat

Fakta yang mungkin ramai tidak tahu; Argentina pernah bankrup,  Jerman dan Amerika pun pernah, dan Geece adalah contoh terkini

Kita ambil contoh Indonesia sebagai Brother kita yang serumpung dengan kita di Malaysia.

Sampai Soharto digulingkan. . ingat dah pulih, lantik BJ Habibie.... antara orang yang ter'genius' di dunia,  pun rakyat memberontak lagi,  lantik Gus Dur yang buta... pun sama.... Disuruh undur tidak boleh, mana tidaknya, jalan ke depan pun dipimpin! Akhirnya Megawati.... pun sama....

Apa pengajaran yang rakyat Indonesia dapat hasil pertukaran dan penggulingan ini??? Tukar pemimpin bukan peranan keseluruhan negara bertambah baik.... tapi rakyat juga perlu bersatu menangani anasir luar.....

Ganti Susilo.... mereka pun dah mula 'perlahan' sedikit.... bangkit demi bangsa Indonesia.... akhirnya mereka kian pulih sedikit demi sedikit...

Pembangkang di Malaysia bukan sahaja membangkang tapi memburukkan lagi nama Malaysia di mata dunia.... sampai pelabur takut nak masuk... sedikit pun tidak ada sumbangan nasional...

Mereka tuduh PM songlap duit RM2.6b! Tapi rupa-rupanya pemimpin mereka lagi hebat! Belum sampai 2 tahun sudah berjaya rompak RM7.6b serta RM30b melalui syarikat yang belum pun beroperasi!

Tapi itupun rakyat Malaysia tetap percaya! Betul la pepatah orang-orang tua, "sudah terhantuk, baru terngadah"... Maknanya sebelum kena, bukan main sombongnya! Semua mau jadi Pakar padahal ilmu setakat kaki lima!

Betul la Nabi cakap;

Zaman ini zaman fitnah. Yang salah dilihat benar, yang benar dianggap salah.

Tiada cara lain, kembali pada tali Allah, bersatu & berpadu! Kembali pada saranan Rasulullah SAW; "...tidak akan sesat ummatku selagi berpegang pada dua perkara:- Al-Quran & Sunnah Nabi SAW"...

Mari sahabat semua, neraca politik kita biar sepadan dengan Islam. Kita berhadapan gelombang manusia yang bijak tapi perosak ketika ini!

Wallahua'lamu bissawaaab!

Moga kita terus dilindungi Allah dari fitnah dan bangsa kita terus memerintah negara tercinta ini. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment