KUALA LUMPUR : Bekas Setiausaha PKR Selangor, Mohd Nazmi
Rosli berkata, memang sudah menjadi sikap pembangkang suka melondehkan
kain orang lain walaupun kawan sendiri.
Jelas beliau, tidak kira Pas, PKR mahupun Dap akan melakukan apa
sahaja demi kepentingan politik masing-masing walaupun terpaksa
mendedahkan kurap rakan sendiri apatah lagi jika kawan yang dahulunya
baik kini telah menjadi musuh.
Tambahnya lagi Parti Gerakan Harapan Baru (GHB) yang diketuai oleh
Mohamad Sabu yang dulunya begitu tegar memperjuangkan Pas mula membawa
wadah baru dalam dunia politik akibat daripada rasa kecewa gagal
mempertahankan kerusi sebagai Timbalan Presiden Pas.
“Apabila ramai pemimpin Pas yang keluar parti dan menyertai GHB, maka
tarik-menarik dan desak mendesak agar letak jawatan sebagai wakil
rakyat mula kedengaran. Pas mendesak wakil rakyat yang keluar parti
letak jawatan dan GHB pula mendesak semua wakil rakyat Pas letak jawatan
kononnya mereka menang dahulu sebab bersama pakatan pembangkang.
“Kini Pas tiada lagi bersama pakatan maka perlu letak jawatan. Dulu
masa ‘bercinta’ semuanya cantik, elok dan manis… kini masing-masing cari
salah orang dan mahu menjatuhkan satu sama lain. Adakah ini yang
dipanggil memperjuangkan agama Islam,” ujarnya kepada para pemberita.
Malah tambahnya Mat Sabu mengatakan GHB adalah parti yang
sebenar-benarnya memperjuangkan Islam, adakah ini bermakna Pas yang
diwakilinya dahulu hanya satu retorik dalam memperjuangkan Islam?
Apa yang pasti jelas beliau inilah drama politik pembangkang yang
tidak pernah berpenghujung dan kerana itulah pembangkang memang terkenal
dengan sikap putar belit.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment