Ya mengapa? Ramai sedang bertanya. Sila jawab. Mengapa anda tidak
ikut peraturan Akta Perhimpunan Aman 2011? Akta yang telah dibentang,
dibahas dan diluluskan oleh Parlimen yang wakil-wakil anda ada di situ.
Sangat terang dalam Akta itu bahawa protes dan demonstrasi jalanan
adalah dilarang. Kaedah-kaedah permohonan perhimpunan aman juga
dinyatakan dan anda boleh berhimpun walau di dalam stadium setelah
diluluskan oleh Polis.
Mengapa anda ingin mengganggu peniaga kecil, sederhana dan besar yang
ingin mencari rezeki?
Mengapa anda ingin merosakkan kegembiraan Rakyat
Malaysia dalam Bulan Kemerdekaan?
Mengapa anda ingin membimbangkan
pelancong yang sekarang sudah datang dan yang ingin datang melihat
keindahan Malaysia dan kota raya?
Mengapa anda ingin mengkhuatirkan dan menimbulkan persepsi negatif kepada iklim pelaburan negara?
Bukan senang dan bukan sedikit pelbagai urusan yang diusahakan oleh
MITI dan MIDA khasnya dalam menarik pelaburan bagi faedah negara.
Mengapa anda ingin menyusahkan semua rakyat yang ingin menikmati
keamanan? Mengapa anda ingin menyusahkan pemandu teksi, pemandu bas dan
orang ramai yang ingin menguruskan keluarga?
Mengapa anda ingin
memberikan imej yang tidak baik di mata dunia seperti yang telah berlaku
dalam siri keganasan demonstrasi jalanan sebelum ini?
Mengapa anda tidak memilih untuk terus sahaja berkumpul dalam stadium
untuk Bersih 4.0 itu?
Adakah kerana jika dalam stadium itu maka nanti
tiada aksi kawalan Polis dan tindakan pencegahan yang boleh di”viral”kan
dan disensasikan oleh rakan-rakan media anda untuk di sebar ke seluruh
dunia?
Atau anda memang menggunakan SOP asing ingin menjatuhkan kerajaan
secara tidak sah melalui demonstrasi jalanan? Anda sudah pernah menang
di beberapa negeri dalam pilihanraya umum dan menang beberapa
pilihanraya kecil. Jika kaedah pilihanraya di Malaysia ini tidak betul,
anda tidak akan dapat 88 kerusi daripada 222 kerusi di Parlimen.
Setiap aksi akan berlaku reaksi. Hasrat pelanggaran peraturan anda
telah mengundang gerakan anti Bersih. Mereka kata jika anda batalkan
protes jalanan, maka NGO-NGO yg berbaju merah itu juga akan membatalkan
hasrat mereka. Ramai berharap agar pihak berkuasa segera mengambil
tindakan yg perlu. Ingatlah pesanan bahawa mencegah itu lebih baik
daripada mengubat.
Hairan…Mengapa anda menamakan diri sebagai Bersih? Walhal ianya
dipenuhi dengan kaedah yang kotor. Sekali lagi kami ingin bertanya, jika
Bersih itu bersih mengapa anda tidak mengikut peraturan negara ini?
Artikel oleh :
YB Datuk Hj Ahmad Maslan
Ketua Penerangan UMNO Malaysia
No comments:
Post a Comment