KUALA LUMPUR : Pemuda UMNO hari menyambut ulangtahun
penubuhannya ke-66 secara sederhana dengan bacaan Yassin, tahlil dan doa
selamat di Surau Ar-Rahman Putra World Trade Centre (PWTC).
Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata sambutan ringkas itu
adalah untuk memperingati tokoh serta kepimpinan Pemuda yang terdahulu
selain mendoakan kesejahteraan kepada parti, pimpinan serta negara dalam
menempuh cabaran semasa hari ini.
“66 tahun bukan jangka masa yang pendek. Kalau ikut usia manusia dah
warga emas. Hari ini Pemuda perlu relevan dengan kehendak semasa…dunia
semakin dinamik. Jadi harap kepimpinan Pemuda seluruh negara mempunyai
sikap serta sifat dinamik untuk kita menyesuaikan diri terutama dalam
keperluan kita memiliki ilmu pengetahuan dan memahami kehendak generasi
muda hari ini.
“Jadi peringatan buat diri saya serta kepimpinan Pemuda seluruh
negara kita mesti ambil iktibar pengalaman yang lepas dan lihat kembali
apa yang kita perlukan di masa depan iaitu mesti menjadi sebuah kuasa
yang boleh generasi muda dan rakyat terima sebagai kepimpinan yang mampu
memperjuangkan isu rakyat dalam konteks untuk membawa negara ini ke
tahap yang lebih baik. Dan itulah yang sedang kami usahakan…Insyaallah,”
katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis tahlil dan doa selamat semepna
ulangtahun Pemuda UMNO ke-66 di Surau Ar-Rahman PWTC, di sini, hari
ini. Turut hadir, Penolong Setiausaha Pemdua UMNO, Datuk Sahfri Abd Aziz
dan barisan kepimpinan Pemuda UMNO yang lain.
Pada majlis berkenaan turut diadakan upacara memotong pulut kuning
dan beramah mesra serta penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf
daripada Pertubuhan Kebajikan D’Murni Kasih.
Katanya lagi seluruh Pemuda UMNO di peringkat bahagian juga disaran
mengadakan majlis doa selamat dan tahlil arwah berkenaan bagi mengenang
jasa tokoh terdahulu selain mendoakan parti serta pimpinan dan negara
agar sentiasa mendapat rahmat dan dilindungi Allah s.w.t.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment