KUALA LUMPUR : Pemuda UMNO hari ini menyatakan kesediaan
untuk membantu Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE) yang ditubuhkan kerajaan
dalam memberikan input dan maklumat dalam usaha membantu jawatankuasa
khas berkenaan.
Naib
Ketuanya Khairul Azwan Datuk Harun berkata pandangan yang akan
diutarakan nanti adalah berdasarkan kepada penilaian pergerakan itu
terhadap isu-isu semasa khususnya berkatan isu ekonomi yang menyentuh
rakyat.
“Sekiranya jawatankuasa khas ingin dapat pandangan daripada kami kita
alu-alukan kerana kita juga mempunyai pandangan hasil daripada
penilaian daripada isu semasa serta usul-usul yang kita terima daripada
mesyuarat Pemuda bahagian di seluruh negara.
“Kita menerima baik penubuhan jawarankuasa berkenaan dan semestinya
meletak harapan tinggi untuk melihat isu-isu semasa khususnya berkaitan
soal ekonomi yang menyentuh kos sara hidup rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis tahlil dan doa selamat semepna
ulangtahun Pemdua UMNO ke-66 di Surau Ar-Rahman PWTC, di sini, hari
ini. Turut hadir, Pen Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Sahfri Abd Aziz dan
barisan kepimpinan Pemdua UMNO yang lain.
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelantikan Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar sebagai Pengerusi
Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE) yang berfungsi mempertimbangkan
perancangan serta merta dan jangka sederhana bagi mengukuhkan lagi
asas-asas ekonomi negara.
Perdana Menteri berkata, antaranya termasuk isu-isu semasa seperti
nilai Ringgit, mengekalkan kestabilan pasaran kewangan serta mengukuhkan
keyakinan dalam pasaran modal.
“JKE akan mengadakan mesyuaratnya yang pertama pada awal minggu
hadapan dan segala cadangan serta hasil perbincangan akan dilaporkan
terus kepada Perdana Menteri.
“Selain Abdul Wahid, JKE itu juga dianggotai oleh pakar-pakar ekonomi
dan pegawai-pegawai kanan agensi kerajaan. Kita juga akan menjemput
mana-mana pihak menyertai mesyuarat JKE yang difikir boleh memberi
cadangan kepada usaha melonjakkan ekonomi negara,” katanya dalam sidang
akhbar di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.
Sambil menyambut baik penubuhan jawatankuasa khas terbabit, Khairul
Azwan seterusnya berkata tugas dan peranan jawatankuasa itu cukup besar
dan berharap ia mampu dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment