Tuesday, August 25, 2015
Mat Sabu Mula Serang PAS Demi DAP...
Pengerusi parti Gerakan Harapan Baru (GHB), Mohamad Sabu menyarankan
semua wakil rakyat daripada Pas yang menyertai parti baharu itu agar
tidak meletak jawatan, sebaliknya yang perlu meletakkan jawatan adalah
wakil rakyat Pas.
Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan jolokan Mat Sabu berkata
demikian selepas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggesa
wakil rakyat Pas yang menyertai GHB supaya melepaskan jawatan disandang
yang dimenangi atas tiket parti.
Mat Sabu berkata, sebenarnya mereka tidak perlu melepaskan jawatan yang
diperolehi memandangkan mereka ini memenangi kerusi ini diatas tiket
Pakatan Rakyat dan bukannya parti Islam itu.
Katanya, lagipun perundangan dan perlembagaan tidak memaksa wakil rakyat
yang menyertai parti lain mengosongkan kerusi yang dimenangi pada
pilihan raya umum.
"Sebaliknya wakil rakyat Pas di luar Pakatan yang seharusnya melepaskan jawatan mereka," kata Mat Sabu.
Mat Sabu yang menyentuh mengenai jumlah keahlian menyertai GHB berkata,
beliau yakin jumlah keanggotaan GHB akan meningkat dalam beberapa minggu
lagi berikutan beberapa peletakan jawatan dan keahlian dalam Pas
sekarang dan perkara itu akan terus berlaku.
Nampaknya, Mat Sabu cuba mengambil kesempatan apabila beliau sendiri
takut dengan GHB tidak dapat menerima sokongan dari orang ramai apabila
menyarankan wakil rakyat yang memenangi kerusi atas tiket parti Islam
itu untuk tidak meletakkan jawatan.
Jika beliau berani dan yakin dengan sokongan orang ramai, sudah pasti
beliau sendiri menggesa pemimpin yang menyertai parti itu supaya
melepaskan jawatan disandang yang dimenangi atas tiket parti. Benar
bukan???
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment