Tuesday, August 25, 2015

Mat Sabu Mula Serang PAS Demi DAP...

Pengerusi parti Gerakan Harapan Baru (GHB), Mohamad Sabu menyarankan semua wakil rakyat daripada Pas yang menyertai parti baharu itu agar tidak meletak jawatan, sebaliknya yang perlu meletakkan jawatan adalah wakil rakyat Pas.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan jolokan Mat Sabu berkata demikian selepas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggesa wakil rakyat Pas yang menyertai GHB supaya melepaskan jawatan disandang yang dimenangi atas tiket parti.

Mat Sabu berkata, sebenarnya mereka tidak perlu melepaskan jawatan yang diperolehi memandangkan mereka ini memenangi kerusi ini diatas tiket Pakatan Rakyat dan bukannya parti Islam itu.

Katanya, lagipun perundangan dan perlembagaan tidak memaksa wakil rakyat yang menyertai parti lain mengosongkan kerusi yang dimenangi pada pilihan raya umum.

"Sebaliknya wakil rakyat Pas di luar Pakatan yang seharusnya melepaskan jawatan mereka," kata Mat Sabu.

Mat Sabu yang menyentuh mengenai jumlah keahlian menyertai GHB berkata, beliau yakin jumlah keanggotaan GHB akan meningkat dalam beberapa minggu lagi berikutan beberapa peletakan jawatan dan keahlian dalam Pas sekarang dan perkara itu akan terus berlaku.

Nampaknya, Mat Sabu cuba mengambil kesempatan apabila beliau sendiri takut dengan GHB tidak dapat menerima sokongan dari orang ramai apabila menyarankan wakil rakyat yang memenangi kerusi atas tiket parti Islam itu untuk tidak meletakkan jawatan.

Jika beliau berani dan yakin dengan sokongan orang ramai, sudah pasti beliau sendiri menggesa pemimpin yang menyertai parti itu supaya melepaskan jawatan disandang yang dimenangi atas tiket parti. Benar bukan???

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment