Tuesday, August 25, 2015

Mukhriz Biadap Kritik Keputusan Majlis Tertinggi UMNO

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Hamzah Zainuddin menyifatkan cadangan Datuk Seri Mukhriz Mahathir berhubung pemilihan parti Umno tidak perlu ditangguhkan dan perlu mengikut jadual asal sebagai biadap.

Hamzah berkata, cadangan Mukhriz itu adalah satu cadangan yang bersifat keperibadian dan ia tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan begitu.

Tambahnya, Mukhriz juga tidak mempunyai hak untuk bercakap mengenai pemilihan parti kerana keputusan pemilihan parti adalah dibuat bersama ahli MT.

"Saya sebagai ahli MT, saya nak beritahu apa-apa keputusan yang dibuat dalam MT kita, tak boleh keluar dan kata sebagai individu.

"Tak patutlah... keputusannya mesti collective decision. Keluar pun buat keputusan yang sama," kata Hamzah dalam sidang media selepas menghadiri perhimpunan bersama Maktab Koperasi Malaysia di Petaling Jaya.

Mukhriz yang merupakan Menteri Besar Kedah pada Sabtu lalu mencadangkan pemilihan Umno yang dijadualkan tahun depan perlu diadakan mengikut jadual asal tanpa perlu ditangguhkan.

Mukhriz berkata, beliau mencadangkan pemilihan parti mengikut jadual asal adalah kerana lebih baik pemimpin Umno yang tidak lagi dikehendaki disingkirkan ahli parti berbanding ditolak pengundi pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya harap perwakilan hari ini akan menyokong cadangan ini. Saya bercakap begini kerana saya sayangkan parti. Kaeadaan sekarang ini tegang. Pemimpin datang dan pergi, malah bapa saya bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri  pun bersara.

"Saya rasa kita harus biarkan ahli parti kita putuskan siapa yang layak untuk kekal sebagai pemegang jawatan dalam parti," kata Mukhriz dalam mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Jerlun pada Sabtu lalu.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment