Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Hamzah Zainuddin menyifatkan
cadangan Datuk Seri Mukhriz Mahathir berhubung pemilihan parti Umno
tidak perlu ditangguhkan dan perlu mengikut jadual asal sebagai biadap.
Hamzah berkata, cadangan Mukhriz itu adalah satu cadangan yang bersifat
keperibadian dan ia tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan begitu.
Tambahnya, Mukhriz juga tidak mempunyai hak untuk bercakap mengenai
pemilihan parti kerana keputusan pemilihan parti adalah dibuat bersama
ahli MT.
"Saya sebagai ahli MT, saya nak beritahu apa-apa keputusan yang dibuat
dalam MT kita, tak boleh keluar dan kata sebagai individu.
"Tak patutlah... keputusannya mesti collective decision. Keluar pun buat
keputusan yang sama," kata Hamzah dalam sidang media selepas menghadiri
perhimpunan bersama Maktab Koperasi Malaysia di Petaling Jaya.
Mukhriz yang merupakan Menteri Besar Kedah pada Sabtu lalu mencadangkan
pemilihan Umno yang dijadualkan tahun depan perlu diadakan mengikut
jadual asal tanpa perlu ditangguhkan.
Mukhriz berkata, beliau mencadangkan pemilihan parti mengikut jadual
asal adalah kerana lebih baik pemimpin Umno yang tidak lagi dikehendaki
disingkirkan ahli parti berbanding ditolak pengundi pada pilihan raya
umum akan datang.
"Saya harap perwakilan hari ini akan menyokong cadangan ini. Saya
bercakap begini kerana saya sayangkan parti. Kaeadaan sekarang ini
tegang. Pemimpin datang dan pergi, malah bapa saya bekas perdana
menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri pun bersara.
"Saya rasa kita harus biarkan ahli parti kita putuskan siapa yang layak
untuk kekal sebagai pemegang jawatan dalam parti," kata Mukhriz dalam
mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Jerlun pada Sabtu lalu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment