Thursday, September 03, 2015

Penganjur #BERSIH4 Tak Mengaku Ada Peserta Kencing Merata-Rata

Penganjur Bersih 4.0 berkeras enggan membayar bil berjumlah RM65,000 yang dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi membiayai kos selenggara dan kos baik pulih kawasan yang dirosakkan oleh peserta himpunan itu yang diadakan pada minggu lalu.

Penganjurnya, Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya tidak akan membayar bil terbabit kerana DBKL tidak mempunyai bukti bahawa peserta Bersih 4.0 yang kencing di merata-rata dan merosakkan harta awam di ibu kota.

Menurut Maria Chin, memang menjadi tanggungjawab DBKL untuk membersihkan kawasan ibu kota walaupun pihaknya tidak melakukan kesalahan itu.

Tambahnya, beliau mahu pihak DBKL menampilkan bukti yang menunjukkan peserta himpunan itu yang melakukan dan jika pihak DBKL tidak mempunyai bukti mengenai kejadian itu, beliau sanggup mengheret perkara ini ke mahkamah bagi menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh DBKL.

"Itu tanggungjawab DBKL untuk membersihkan kawasan, macam mana DBKL nak caj seseorang buang air kencing merata. Adakah mereka tahu siapa?

"Kemukakan bukti, kita akan jawab di Mahkamah," kata Maria Chin ketika ditemui di perkarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selepas ditahan polis berhubung perhimpunan  haram itu.

Sudah terpapang bukti di laman sosial yang menunjukkan peserta himpunan haram itu telah melakukan pelbagai kerosakan terhadap harta awam termasuk kencing di merata-rata tempat.

Adakah benda seperti bukan sebagai bukti kepada pihak penganjur??? Bukti seperti manakah yang dimahukan lagi oleh pihak penganjur???

Bukan gambar itu sahaja, malah gambar peserta merosakkan pokok-pokok bunga serta memijak gambar pemimpin juga turut tersebar di laman sosial sebagai bukti bahawa perhimpunan itu sebagai himpunan yang kotor.

Adakah pihak penganjur akan mengatakan ia bukan sebahagian dari mereka atau pun itu gambar telah diedit oleh pihak lain???

Sudah terbukti perhimpunan itu telah melanggar peraturan dan penganjur perlu tampil memohon maaf kepada rakyat Malaysia dengan insiden yang berlaku ketika perhimpunan itu diadakan. Itu pun susah ke??

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment