Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengumumkan
pihaknya sedang giat memburu individu yang memijak gambar Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ulama Pas, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang pada perhimpunan Bersih 4.0 yang diadakan pada hujung minggu lalu.
Khalid berkata, perhimpunan itu telah melahirkan satu budaya yang kurang
ajar apabila memijak gambar pemimpin Malaysia dan ia bertentangan
dengan budaya di negara kita ini.
Oleh itu, Khalid menyarankan pada orang ramai yang mempunyai maklumat
mengenai individu tersebut supaya tampil memberi kerjasama agar pihak
polis dapat mengambil tindakan keras terhadap individu yang terlibat.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu yang memijak
gambar berkenaan segera salurkan kepada polis supaya kita dapat ambil
tindakan tegas terhadap mereka," kata Khalid.
Gambar peserta yang memijak gambar pemimpin Malaysia yang tersebar di
laman sosial mendapat kecaman dari golongan netizen dengan mengatakan
perbuatan itu sebagai tindakan yang tidak bermoral dan biadap.
Pengguna Facebook, Kemboja Merah berkata, tindakan peserta himpunan
haram itu begitu biadap kerana lari tujuan asal perhimpunan dan meminta
penganjur untuk tampil menjelaskan keadaaan ini.
Tambahnya lagi, tindakan peserta haram itu telah memburukkan lagi nama negara di mata dunia.
"Apa kata penganjur tentang kebiadapan ini? Buka mata rakyat Malaysia,
bukan kekecohan seperti ini yang kita mahukan. Perhimpunan seperti ini
hanya mencemarkan nama negara sahaja... #SayNoToBersih," katanya.
Menurut Teoh, penganjur perlu memastikan pesertanya menjaga adab
walaupun mereka yang menyertai perhimpunan haram itu tidak menyukai
pemimpin Melayu.
"Walaupun kita tidak menyokong pemimpin itu, tak perlulah sampai
memijak2 gambar mereka. Kita beradablah pada masa perhimpunan, tunjukkan
kepada semua kita ni betul2 ikhlas mahukan perubahan," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment