Sebaik sahaja Arul kanda membuat satu sidang media khas yang mendapat
liputan meluas di semua media, tiba-tiba sahaja Tony Pua menukar
syaratnya yang menunjukkan dirinya seperti bacul pula.
Kali ini, dia penuh yakin mendakwa program yang dicadangkannya itu bukan
debat tetapi hanya “live talk show”. Dah la beri alasan yang nampak
sangat bacul, ditambah pula dengan syarat hanya dia saja yang boleh
bertanya soalan dan arul perlu menjawab setiap soalan.
Pada asalnya Tony Pua mencabar Arul Kanda untuk berdebat secara langsung
di televisyen dan mendakwa konon dia sedia untuk ‘memberikan lebih masa
supaya Arul Kanda dapat menjawab setiap soalannya’.
Apabila Arul Kanda bersetuju, Tony Pua berdalih pula. Jelaslah,
sebenarnya Tony Pua ini sememangnya penakut untuk berdebat dengan Arul
Kanda yang diketahui merupakan bekas pembahas terbaik Maktab Tentera
Diraja suatu ketika dahulu yang cukup bijak ‘mematahkan’ hujah
lawan-lawannya selama ini.
Bayangkanlah jika Tony Pua kantoi dalam debat termasuk gagal jawab
soalan cepumas daripada Arul Kanda, di manakah maruah dirinya selepas
ini dan mungkin didesak untuk segera letak jawatan sebagai ahli
Parlimen!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment