KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam nada
berseloroh merayu kepada seorang wartawan Palestin supaya memberi
peluang kepada pasukan negara memenangi aksi kelayakan Piala Dunia 2018
yang akan berlangsung pada 12 November ini.
Semasa sesi soal jawab pada Forum Ekonomi Dunia Islam (WEIF) pada
Selasa, Najib dalam nada jenaka berkata: 'Dengan cara ini sila benarkan
Malaysia untuk menang ke atas Palestin. Kami akan bertemu dengan mereka.
Kami tewas 0-10 ke atas UAE. Ia amat memalukan. Kami berharap tidak
mencatatkan keputusan teruk."
Skuad negara tewas 0-10 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada
perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 di Stadium Mohammed Bin Zayed, Abu
Dhabi pada 4 September lalu.
Malaysia akan beraksi menentang Palestin di Hebron pada 12 November ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment