Tuesday, November 03, 2015

DAP Mulakan ‘Langkah Selangor’, Jatuhkan Azmin, Tawan Selangor

Ramai bloggers percaya bahawa bekas pensyarah Kulliyah Undang-undang ini hanya memuntahkan kembali skrip yang telah disediakan oleh DAP untuk pasaran politik tempatan.

Menggunakan orang Melayu sebagai ‘pembesar suara’ DAP untuk bercakap mengenai satu isu melibatkan kepentingan Melayu kelihatan seperti strategi yang selamat bagi parti rasis ini.

Akan tetapi semua orang tahu bahawa ruh rasisme sudah lama melingkari tubuh parti ini. Justeru mereka perlu pergunakan suara Melayu untuk menggerakkan agenda mereka.

DAP pernah cuba melaksanakannya di Perak dalam PRU13 sebelum ini.

Dengan pelantikan beberapa muka Melayu ke dalam barisan kepimpinan DAP Selangor, DAP berharap rancangan untuk menawan Selangor dapat direalisasikan melalui muka-muka baru ini, walaupun mereka tidak dipilih oleh perwakilan DAP, tetapi melalui lantikan.

Satu langkah yang mungkin tidak popular tetapi amat perlu dan pragmatik bagi memenuhi keserakahan nafsu politik DAP di negeri ini.

Muka-muka baru ini akan terus dipergunakan selagimana hasrat DAP belum tercapai.

Pembaca akan silap sekiranya beranggapan bahawa DAP sudah bertaubat daripada dosa-dosa politik dengan pelantikan beberapa muka baru Melayu ke dalam barisan kepimpinan DAP negeri.

Hasrat DAP sangat jelas menyerlah dalam kenyataan bekas pensyarah undang-undang UIA ini.

DAP adalah sebuah parti politik yang berideologi iaitu ideologi Sosialisme Sekular yang tidak akan memberi peluang kepada agama, khususnya agama Islam untuk berperanan secara dominan dalam urusan pentadbiran negeri.

Oleh itu, sesiapa sahaja dari kalangan umat Islam atau bangsa Melayu yang bercita-cita untuk pergi lebih jauh ke dalam hirarki kepimpinan DAP perlu meletakkan Islam jauh-jauh atau merangkul ideologi yang diimani DAP secara yakin dan bersungguh-sungguh. Barulah DAP akan reda dan menerima mereka masuk sebahagian daripada keluarga besar DAP.

Selain daripada itu hanyalah satu retorik sahaja ataupun individu Melayu itu hanya menipu dirinya sendiri semata-mata.

Justeru, umat Islam perlu menolak dan menghumban keluar parti yang rasis ini dari Selangor dan juga Putrajaya dalam PRU14 nanti!

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment