Tuesday, November 03, 2015

PAS Akui Bajet 2016 Adalah Untuk Rakyat Malaysia

Ketua Pemuda Pas, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan Pas tetap dengan pendirian parti untuk menyokong usul Bajet 2016 dan tidak akan bersama parti pembangkang lain untuk tidak menyokong usul tersebut.

Nik yang ditemui di lobi Parlimen berkata, Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 23 Oktober lalu merupakan satu bajet yang memberi kebaikan kepada rakyat di negara ini.

Oleh itu, Pas menyokong penuh usul bajet yang dibentangkan dan tidak berfikir untuk bersama pemimpin pembangkang lain untuk bersama tidak menyokong usul bajet tersebut.

"Memang semua bajet jaga pihak kerajaan. Antara unsur utama adalah, jaga parti mereka, termasuk Najib. Saya bersetuju, bajet jaga Najib, tetapi ia juga menjaga rakyat Malaysia.

"Kita tidak sokong usul tolak bajet kerana ada banyak bangkangan yang kita bangkang. Kita juga tidak bangkang kerana bajet ini memang asalnya untuk kebaikan rakyat MAlaysia. Maka kita berkecuali," kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Satu langkah yang bijak yang dilakukan oleh Pas tidak bersama pemimpin pembangkang untuk tidak menyokong usul Bajet 2016. Mengapa perlu tidak menyokong jika bajet yang dibentangkan memberi manfaat kepada seluruh rakyat di negara ini??

Pemimpin pembangkang bukan tidak tahu bajet yang dibentangkan memberi manfaat kepada rakyat, tetapi mereka tidak menyokong usul tersebut kerana mempunyai agenda tersendiri yang kononnya jika usul sebut tidak berjaya mendapat sokongan maka, Najib yang menyandang Perdana Menteri terpaksa melepaskan jawatannya.

Sayang sekali, itu semua hanya mimpi buat pemimpin pembangkang yang mahu melihat Najib dijatuhkan dengan cara kotor. Lain kali gunakan cara yang betul kalau mahu menyingkirkan seseorang itu, jangan guna cara kotor.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment