Ketua Pemuda Pas, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan Pas tetap
dengan pendirian parti untuk menyokong usul Bajet 2016 dan tidak akan
bersama parti pembangkang lain untuk tidak menyokong usul tersebut.
Nik yang ditemui di lobi Parlimen berkata, Bajet 2016 yang dibentangkan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 23 Oktober lalu merupakan
satu bajet yang memberi kebaikan kepada rakyat di negara ini.
Oleh itu, Pas menyokong penuh usul bajet yang dibentangkan dan tidak
berfikir untuk bersama pemimpin pembangkang lain untuk bersama tidak
menyokong usul bajet tersebut.
"Memang semua bajet jaga pihak kerajaan. Antara unsur utama adalah, jaga
parti mereka, termasuk Najib. Saya bersetuju, bajet jaga Najib, tetapi
ia juga menjaga rakyat Malaysia.
"Kita tidak sokong usul tolak bajet kerana ada banyak bangkangan yang
kita bangkang. Kita juga tidak bangkang kerana bajet ini memang asalnya
untuk kebaikan rakyat MAlaysia. Maka kita berkecuali," kata Ahli
Parlimen Pasir Mas itu.
Satu langkah yang bijak yang dilakukan oleh Pas tidak bersama pemimpin
pembangkang untuk tidak menyokong usul Bajet 2016. Mengapa perlu tidak
menyokong jika bajet yang dibentangkan memberi manfaat kepada seluruh
rakyat di negara ini??
Pemimpin pembangkang bukan tidak tahu bajet yang dibentangkan memberi
manfaat kepada rakyat, tetapi mereka tidak menyokong usul tersebut
kerana mempunyai agenda tersendiri yang kononnya jika usul sebut tidak
berjaya mendapat sokongan maka, Najib yang menyandang Perdana Menteri
terpaksa melepaskan jawatannya.
Sayang sekali, itu semua hanya mimpi buat pemimpin pembangkang yang mahu
melihat Najib dijatuhkan dengan cara kotor. Lain kali gunakan cara yang
betul kalau mahu menyingkirkan seseorang itu, jangan guna cara kotor.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment