Tuesday, November 03, 2015
MH17 : Pastikan Pihak Bertanggungjawab Tembak Jatuh Pesawat Ke Muka Pengadilan
KUALA LUMPUR : Malaysia sekali lagi tekad menyuarakan komitmen untuk
memastikan dalang yang menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17
dibawa ke muka pengadilan.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman melalui satu kenyataan telah
memaklumkan perkara berkenaan ketika dalam satu mesyuarat dua hala
antara Malaysia dan Australia pada Isnin.
Mesyuarat yang diadakan di Commonwealth Parliamentary Offices di
Melbourne, Australia sempena lawatan Anifah ke negara itu pada 1 hingga 4
Nov lalu turut disertai rakan sejawatnya, Julis Bishop.
Berdasarkan kenyataan yang diedarkan itu, kedua-dua menteri luar
terbabit telah membincangkan isu yang melibatkan kedua-dua negara
seperti kumpulan militan I.S, migrasi tidak sah dan pesawat MH17 serta
isu-isu lain serta kerjasama antara Malaysia dan Australia pada masa
akan datang.
Terdahulu, pesawat MH17 yang sedang dalam ketinggian 30,000 kaki
telah ditembak jatuh ketika melintasi kawasan bergolak Ukraine
berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai 2014.
Sebanyak 298 nyawa telah terkorban dalam nahas terbabit termasuk 43 rakyat Malaysia.
Ekoran itu, mesyuarat antara kedua-dua menteri itu diadakan bagi
bertukar pandangan dalam isu berkepentingan yang melibatkan kedua-dua
negara.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment