PETALING JAYA : Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendedahkan
10 soalan yang perlu dijawab oleh Presiden dan Pengarah Eksekutif
1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy.
Menurut pemimpin DAP berkenaan, pendedahan soalan itu dibuat bagi
memberi ruang kepada Arul untuk melalukan persedian sebelum kedua-dua
mereka bersemuka dalam pentas debat.
"Sementara kita menunggu bila ia dapat diadakan, beliau boleh
menyediakan jawapan yang diperlukan sama ada semasa menjawab atau ucapan
perbahasan.
"Dengan cara ini Arul tidak boleh berpura-pura tidak tahu atau memberi
alasan bahawa dokumen berkaitan tiada bersamanya bagi memberikan jawapan
yang diperlukan," kata Pua menerusi kenyataan yang dimuat naik di
blognya pada Selasa.
Selain itu itu Pua mengumumkan Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching dam
Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming akan bertindak mewakilinya bagi
membincangkan mengenai format debat berkenaan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment