Seperti diketahui umum, parti dianggotai puak rasis dan cauvinis Cina –
DAP – tidak mengundi memilih ahli daripada bangsa Melayu untuk menduduki
jawatankuasa peringkat negeri pada Konvensyen Tahunan DAP Selangor di
Petaling Jaya, semalam.
Keengganan perwakilan parti yang didominasi oleh kaum Cina untuk
mengundi calon Melayu menduduki kerusi jawatankuasa pada konvensyen itu
jelas menunjukkan bahawa parti berkenaan lebih bersifat perkauman dan
menolak Melayu menjadi pemimpin mereka.
Namun, bagi melenyapkan suara-suara yang mengatakan parti itu bersifat
perkauman kerana tidak mengundi Melayu, DAP melantik tiga pemimpin
Melayu menduduki kerusi jawatankuasa berkenaan.
Kita percaya pelantikan Dr Abdul Aziz Bari, Young Syefura Othman dan
Pengerusi DAP Bandar Utama, Edry Faizal Eddy Yusof, hanya ‘wayang’ dalam
usaha menarik lebih ramai orang Melayu menyertai parti itu sekali gus
memberi sokongan kepada DAP.
Yang penting dan perlu diingat ialah perwakilan Cina DAP pada konvensyen
itu tidak memilih ketiga-tiga Melayu yang menjadi calon ketika proses
pembuangan undi, sebaliknya tiga Melayu itu dilantik menduduki kerusi
berkenaan.
Usahlah memberi alasan ketiga-tiga Melayu itu ‘orang baru’ dan tidak
dikenali ramai, maka sebab itu mereka tidak terpilih. Jika benar, Cina
DAP tidak bersifat perkauman pastinya perwakilan sekurang-kurangnya
mengundi seorang daripada tiga calon itu.
Ini tidak! Mereka menolak ketiga-tiga calon kerusi Jawatankuasa DAP
Selangor yang menggunakan nama Edry Faizal Eddy Yusof, Mohamad Samat dan
Nor Miswary Ramli bertanding.
Alasan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua, kononnya perwakilan tidak
mengenali calon-calon Melayu itu hanyalah ‘pemanis mulut’ supaya
masyarakat tidak melihat DAP adalah sebuah parti cauvinis dan perkauman.
Sedangkan, perwakilan bertindak sebaliknya, menunjukkan sikap ultra
kiasu sebenar dengan tidak mengundi calon Melayu menjadi pemimpin
mereka.
Saya pernah mengatakan bahawa jika mengikut sejarah, apa sangatlah
‘semangat’ ahli dan penyokong parti berasaskan kaum Cina ini dalam
mengisi kemerdekaan negara. Di manakah mereka dalam memperjuangkan
kemerdekaan, berperang menentang Jepun dan menuntut Tanah Melayu
dimerdekakan daripada British?
Ini bertepatan dengan kata-kata seorang penulis Cina:
“Orang Cina Malaysia mendapati mereka lebih mudah untuk menerima
dominasi oleh orang putih kerana mereka dapat memberi pengiktirafan
terhadap kehebatan orang Barat.
“Tetapi orang Cina Malaysia amat susah untuk menerima kehebatan orang
Melayu kerana perasaan iri hati dan hasad dengki mereka bahawa Malaysia
ini milik orang Melayu. Mana-mana orang Cina Malaysia sama sekali tidak
boleh menerima konsep ketuanan Melayu, mereka percaya bahawa mereka
adalah lebih baik”
Pandangan ini diutarakan oleh bukan saja seorang penulis tetapi beliau
juga seorang ahli perniagaan yang berasal dari China, Ye Lin-Sheng dalam
The Chinese Dilemma – East West Publishing, Australia, 2003.
Lin-Sheng mempunyai perniagaan di Malaysia, Hong Kong, Australia, Thailand, Singapura, Britain dan Amerika Syarikat.
Antara lain, penulis itu mengatakan bahawa kaum Cina tidak akan mengakui
bahawa kepemimpinan bangsa Melayu adalah sangat mahir, cekap serta
bagus dalam pengurusan politik, ekonomi dan sosial.
Orang Cina katanya, jarang menyifatkan kejayaan Malaysia adalah hasil
daripada orang Melayu. Apa yang ada di minda mereka adalah semua
kejayaan di Malaysia ini adalah kerana orang Cina. Sebab itu orang Cina
yang asal dari China tidak suka bergaul dengan Cina Malaysia kerana
sikap mereka yang ekstrem ini.
Lin-Sheng juga menulis:
“Sudahlah mereka bersusah payah berjuang bermati-matian untuk
membebaskan diri dari jajahan Barat. Sekarang mereka perlu bersusah
payah pula untuk merampas dari orang Cina yang memegang kuasa ekonomi di
tanah airnya. Sepatutnya orang Cina yang perlu berbakti kepada orang
Melayu kerana mereka sudah diberi peluang untuk mendapat kerakyatan,
tetapi saya selaku orang asal dari negara China berasa malu dengan sikap
bangsa saya sendiri yang tinggal di Malaysia. Tidak ada perkataan yang
dapat saya berikan kerana dasar orang Cina Malaysia terlalu keras,
ekstrem serta perkauman.
“Kami sendiri orang yang tinggal di China tidak lagi menerima ideologi
Komunis, tetapi orang Cina di Malaysia lebih selesa untuk mengamal serta
menyebarkan ideologi Komunis sehingga kini. Sebenarnya jujur saya
mengatakan orang Cina Malaysia sedang menjajah orang Melayu… Mereka
seperti menganggap bahawa orang Melayu adalah musuh mereka yang nyata”.
Melayu dalam DAP itu hanya menjadi boneka yang boleh digunakan pada
bila-bila masa untuk ‘bercakap Melayu dengan fasih’ kerana puak ultra
kiasu ini kurang pandai berbahasa Melayu, malah dialog mereka juga
lintang- pukang.
Sebagaimana dikatakan oleh pendakwah bebas, Ustaz Ridhuan Tee Abdullah,
yang loya mendengar Ahli Parlimen puak ultra kiasu itu tidak fasih
berbahasa Melayu:
“Haiyaa…ini maciam pun ada, manyak susah wooo. Bulung-bulung pun telebang di angkasee…”.
Atau, Melayu dalam DAP ini hanya berguna pada masa pilihan raya diadakan untuk mempengaruhi pengundi Melayu.
Begitu juga sekarang ini, DAP mempunyai ‘kerbau’ yang boleh dicucuk hidung dalam usaha mereka memecahbelahkan perpaduan Melayu.
Namun, hakikatnya walaupun ada Melayu yang menganggotai jawatankuasa DAP
peringkat negeri atau kebangsaan, mereka tidak akan mampu bersuara
mempertahankan Melayu, apa lagi menegakkan hukum Islam.
Razali bin Zakaria
Pengarang Kanan Ismaweb.net
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment