Monday, November 09, 2015

Husam Dakwa Hadi Awang Cuba Berkomplot Dengan UMNO


Warna warni nampaknya politik Husam Musa di Kelantan. Belum pun sempat sejuk isu pertelingkahan beliau dengan menantu Hadi Awang, Husam mulakan tindak balas yang agak mengejutkan, cuba menyerang Presiden parti dengan mengaitkan Hadi Awang terlibat dengan komplot cubaan menubuhkan 'Kerajaan Perpaduan' bersama UMNO. Adakah Husam cuba alihkan perhatian ahli PAS betapa adanya rancangan sulit untuk jatuhkan Kerajaan PAS di Kelantan?

Husam juga dilihat tanpa rasa takut menhadapi hukuman dari parti telah membongkar betapa Kerajaan PAS di Kelantan dilihat bermasalah berhubung tunggakan gaji Guru Agama Yayasan Islam Kelantan dan juga membidas isu kenaikan gaji Adun PAS Kelantan.

Bagi Husam yang juga bekas Naib Presiden PAS, amat penting kepimpinan parti itu memberi jawapan "ya" atau "tidak" kepada dakwaannya sebelum ini bahawa Presiden PAS Hadi Awang cuba membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno di Selangor.

Beliau menegaskan, apa yang penting adalah menjawab dan memberi kepastian, bukannya lari daripada isu berkenaan.

Husam yang juga ADUN Salur itu berkata demikian selepas Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa kenyataan Husam adalah "tidak betul" kerana tidak ada keperluan untuk PAS bekerjasama dengan Umno di Selangor.

Husam menempelak sebagai umat Islam semua pemimpin PAS tahu bahawa berbohong amat ditolak oleh Islam.

“Hakikat bahawa Presiden PAS mengakui beliau mengusahakan kerjasama politik itu ketika krisis MB Selangor tahun lalu tidak boleh diketepikan dengan alasan-alasan.

“Antara 'ya' dan 'tidak' sahaja yang diperlukan. Adakah 'ya' atau 'tidak' Presiden Pas mengaku seperti itu bila dipersoalkan?” katanya.

Husam dilihat menyerang Presidennya sendiri di ceramahnya di Pasar Kedai Mulong, Pasir Mas. Secara terang-terangan beliau mendakwa Hadi mengaku pernah cuba membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno di Selangor.

Di dalam usaha itu, kata Husam, Hadi didakwa cuba memujuk beberapa ADUN daripada PKR menyertai gabungan berkenaan.

Akibat dari keceluparan Husam yang namoak begitu galak menyerang kepimpinan parti sendiri, Pengarah Jabatan Penerangan PAS, Ahmad Amzad Hashim menempelak Husam dilihat sengaja mahu mensabotaj parti itu dengan menyatakan bahawa bekas naib presiden PAS itu telah "berubah".

Bagaimanapun, Husam hari ini bertindak balas dengan bertanya: "Adakah saya yang berubah atau PAS yang sudah berubah?"

Husam juga seolah tidak senang dengan tindak tanduk Hadi dengan menekankan kenyataan Abdul Hadi pada 1 November lalu apabila Ahli Parlimen Marang berkenaan menawarkan diri menjadi penasihat kerajaan jika Umno menukar dasar pemerintahan mereka.

Husam menyindir keras bahawa Hadi kelihatan bebas melontarkan apa sahaja kenyataan tanpa mempedulikan pendirian parti Islam itu.

Beliau juga mengungkit 'aksi dalam gambar' yang menunjukkan Hadi dan Ibrahim berpeluk erat selepas Hadi bersetuju menerima kerjasama dengan PERKASA. Yang peliknya, Husam tidak tahukah bentuk kerjasama apa yang dibuat oleh PAS dan PERKASA?

Namun Husam cuba memalukan Hadi dengan menunjukkan bukti betapa keputusan Hadi berbaik dengan Ibrahim Ali ditolak oleh PAS Selangor. Alasan yang diberikan beliau adalah PAS Pusat tidak pernah adakan mesyuarat mengenai hubungan tersebut.

Bagi Husam, yang banyak timbulkan masalah kepada PAS adalah Hadi Awang dan bukannya beliau.

"Husam berubah kerana beliau tidak ada apa jawatan pun di Kelantan termasuk pengerusi anak syarikat kerajaan negeri" jelas yang hadir di ceramah beliau. 


Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment