Monday, November 09, 2015

Dulu Nak Tun M Ditangkap, Kini Siasat Pun Anwar Tak Bagi…Dunia, Dunia


Perjalanan hidup Tun Mahathir ini memang lucu dan penuh warnanya tapi tidak ada setara dengan yang ini – Anwar yang Mahathir penjarakan kali pertama, sekarang membantah Mahathir disiasat polis!!  Dahsyat tu, tidak ada yang lebih dahsyat dari ini.

Ramai masih ingat ini betapa dulu Anwar nak Mahathir dipenjarakan kerana pelbagai penyelewengan dan salah laku yang dilakukannya dulu, tapi kerana politik, sekarang Anwar bersuara dari balik tirai besi semata-mata membantah Mahathir yang sedang disiasat polis.

Jarang Anwar bersuara dari Sg Buluh ni tapi dalam jarang-jarang tu, membela Mahathir adalah salah satu darinya.  Balas jasa agaknya sebab sebelum ini pun Mahathir pernah suarakan keraguannya dalam kes liwat II Anwar.

Betul, dalam kes Mahathir, ini bukan kali pertama senario seumpamanya berlaku, dengan Tengku Razaleigh dulu pernah, dengan Musa Hitam pernah tapi tak seorang pun dari dua-dua itu yang “Mahathir penjarakan”, kerana meliwat pulak tu, berbeza dengan Anwar.

Jadi bila Anwar bela Mahathir ini – dilihat dari sudut macam mana pun lah, memang peninglah.  Belum dengar apa komen Mahathir lagi tu, mungkin dia teruja, mungkin fikirnya dosa ke atas Anwar dan Anwar ampunkan atau Mahathir mungkin kaji semula kenyataannya “saya buat banyak silap, tapi memecat Anwar bukanlah salah satu darinya”.

Mungkinlah, penulis tak tahu.

Cuma yang betul-betul nampak bodoh sekarang para penyokong dua-dua belah inilah.  Dulu sokong Anwar, kutuk Mahathir, sokong Mahathir kutuk Anwar, kini dah Anwar pulak datang bela Mahathir pulak, jadi bebal dua-dua sekali (penyokong).  Bagusnya penyokong Anwar dengan penyokong Mahathir hari ini dah takde beza pun, sama saja.

Pengajarannya, jangan bersungguh sangatlah memuja jenis macam Anwar dan Mahathir ni.  Tak tetap pendirian langsung.  Hari ini ceritanya macam ini, besok ceritanya belum tentu lagi, ini semua politik.  Yang dok kutuk-kutuk benar Datuk Seri Najib hari ini pun, belum tentu lagi tahu apa nak jadi masa depan, Mahathir tahu sajalah. 


Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment