Pelantikan Tony Pua sebagai Pengerusi DAP Selangor bercanggah dengan konsep undi popular yang sering diwar-warkan parti itu, kata penganalisis politik Helen Ang.
Helen berkata jika menurut konsep undi popular yang sering dibanggakan parti itu, Pua tidak layak dilantik semula sebagai Pengerusi DAP Selangor kerana beliau berada di kedudukan kelapan berbanding dengan calon-calon lain yang mendapat undi yang lebih tinggi daripadanya pada pemilihan parti Ahad lalu.
“Keputusan pemilihan DAP Selangor juga mendedahkan kemunafikan parti. Hanya tiga hari selepas Lim Kit Siang mengejek Najib Razak sebagai “Perdana Menteri minoriti pertama dalam sejarah negara ini”.
“Nah, Tony Pua sesungguhnya adalah seorang Pengerusi DAP Selangor yang “minoriti”. Beliau mendapat tempat kelapan sahaja tetapi tetap dilantik sebagai bos DAP Selangor.
“Hahaha, parti kiasu menobatkan jawatan pengerusi (jawatan No.1) kepada budak Cina bermata biru yang kehilangan “undi popular”,katanya
Menurutnya keputusan pemilihan itu memperlihatkan perjuangan meritokrasi yang dilaung-laung DAP hanya kosmetik semata-mata apabila ketiga-tiga calon Melayu ditolak perwakilan parti itu.
Ketiga-tiga wakil Melayu yang tewas dalam pemilihan itu ialah Edry Faizal Eddy Yusof, Mohamad Samot dan Nor Miswary Ramli.
“Tiga belas daripada 15 kerusi yang dimenangi itu adalah kaum Cina. Seorang Punjabi dan seorang India dipilih untuk memotong. Tiada Melayu diluluskan oleh perwakilan DAP.
“Calon Melayu terbaik ialah Edry Faizal Eddy Yusof, mendapat 272 undi iaitu jarak yang jauh (hilang 142 undi) daripada peserta terakhir dalam Top 15, Ong Kian Ming yang mendapat 414 undi. Edry adalah penyelaras Roketkini.
“Oleh kerana tidak ada orang Melayu yang berjaya memperolehi merit mereka sendiri dalam pemilihan parti DAP Selangor, parti itu telah melantik tiga ‘rakyat Malaysia’ ke dalam jawatankuasa negeri – Edry (Faizal), Abdul Aziz Bari dan Young Syefura Othman (Rara).”
Walau bagaimana pun kekalahan tiga wakil Melayu yang kemudiannya diganti dengan pelantikan tiga wakil Melayu tidak menggambarkan populasi penduduk sebenar di Selangor, yang pola penduduknya 51.5% Melayu, 26.4% Cina, dan 12.4% India.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN



No comments:
Post a Comment