Monday, November 02, 2015
Kenapa Nazri Aziz Sanggup Jadi "Macai" Muhyiddin?
Rupa-rupanya Ahli Majlis Tetinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz
bercita-cita untuk menjadi orang suruhan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Nak
jadi cacai paling setia mungkin.
Sebab itu lah Nazri berjanji bakal taat setia dan sanggup berkorban
nyawa semata-mata demi mempertahankan Muhyiddin dari kerusi presiden
parti yang dimilikinya tu sehinggalah pemilihan yang akan datang. Bukan
main lagi berikrar bakal melakukan apa sahaja demi ‘tuannya’ itu.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan turut memuji sikap terus terang yang
dimiliki oleh Muhyiddin. Kononnya dalam sesuatu parti, perlu ada
seseorang ‘pahawan’ yang bercanggah pendapat seperti bekas timbalan
perdana menteri itu.
"Kami sepatutnya adakan mesyuarat Majlis Tertinggi hari ini (30
Oktober). Tetapi dalam mesyuarat akan datang, saya akan bersuara. Saya
akan usahakan terbaik supaya dia (Muhyiddin) tidak digantung.
"Sebagai sebuah parti yang bakal meraikan ulang tahun ke-70 tahun depan,
kita mesti mempunyai ruang yang cukup untuk menerima pendapat yang
berbeza," kata Nazri.
Nazri juga seolah-olah merayu kepada Umno supaya memberi peluang kepada
Muhyiddin, dan dia sepatutnya dibiarkan kekal sebagai timbalan presiden
parti sehingga tamat tarikh luputnya.
"Biarlah dia berkhidmat hingga tempoh penggalnya berakhir. Kemudian,
saya akan minta Zahid (Naib Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi)
untuk melawannya. Saya pasti Muhyiddin akan kalah," katanya.
Entah syaitan apa yang sudah merasuk Nazri sehingga dia sanggup bergadai
maruah hingga begitu sekali. Mungkin dia tak tahu yang Muhyiddin bakal
dikenakan tindakan tidak lama lagi.
Kalau la Nazri tahu yang Umno bakal menggantung Muhyiddin sebelum
perhimpunan agung parti yang akan diadakan pada Disember depan. Mesti
dia frust menonggengkan haha sebab tidak boleh banggakan tuannya. Namun
berita tersebut masih lagi menjadi khabar angin dan belum pasti
kesahihannya.
Kena buang atau tidak kena tunggu lah perhimpunan agung parti pada Disember depan..
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment