Monday, November 02, 2015

Mahathir dan Tony Pua Dalang Sebenar Dalam Isu 1MDB

Selama ini isu 1MDB yang dibangkitkan sejak tahun 2010 oleh ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, takde siapa pun ambil peduli… Semua buat bodoh je!

Tapi sejak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad buka je mulut dan dengan lantangnya pertikaikan kemana hilangnya RM42bilion.. Terus rakyat Malaysia dan ahli politik pembangkang yang lain kondem pemerintahan kerajaan.

Mereka menuduh berlakunya pengelewengan dalam pemerintahan kerajaan. Apabila hal ini berlaku, maka jelaslah bahawa isu yang menjadi kontroversi hingga memecah belahkan perpaduan kaum sehingga hari ini, dicetuskan sendiri oleh pemimpin yang dibanggakan negara suatu ketika dahulu, Mahathir Mohamad.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden 1MDB, Arul Kanda berkata kontroversi syarikat pelaburan negara, 1MDB itu telah berjaya mengaitkan pelbagai pihak termasuklah mereka yang pernah berada dalam kerajaan. Mereka ini juga turut mengambil kesempatan untuk mengkritik..

“Isu yang paling besar, seperti yang anda semua sedia maklum, adalah ketika Dr Mahathir mendakwa RM42 bilion hilang.

“Apabila Dr Mahathir dan mereka yang sebelum ini pernah berada dalam kerajaan mula mengkritik, perkara ini menjadi bertambah besar dan semakin kontroversi,” katanya

Kontroversi 1MDB tersebut berlarutan sehingga tercetusnya adegan cabar mencabar dikalangan peminpin dan tidak kurang hebatnya berlaku perbalahan dalam parti hingga timbul hura-hara dalam pemerintahan.

Pengaruh Mahathir suatu ketika dahulu bagaimanapun berjaya memperdaya ahli politik yang lain supaya terus menerus berusaha untuk menjatuhkan kerajaan. Mungkin cita-cita Mahathir adalah untuk menggulingkan kerajaan, sebab tu dia sanggup mengungkit kembali isu yang sudah lapuk..

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment