Sebelum ini ada desas desus yang menyatakan bahawa Parti Amanah Rakyat
(Amanah) yang akan bertanding untuk merebut kerusi di kawasan PAS. Tapi
sekarang ini lain pula jadinya apabila Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua
mengeluarkan kenyataan bahawa parti mereka pula yang akan bertanding.
Ehhhhhh… Sudah bertukar fikiran ke?? Atau mungkin parti Amanah sebenarnya tidak boleh diharapkan, takut kalah mungkin.
Oleh disebabkan tidak yakin dengan Amanah, so DAP sendiri akan
bertanding bagi merebut lapan kawasan Pas di Dewan Undangan Negeri (DUN)
Selangor pada pilihan raya umum akan datang. Kesian Amanah, belum
apa-apa lagi sudah dikianati DAP haha! Tempoh hari bukan main lagi
taburkan janji manis nak bagi miliki kerusi.. Tapi sekarang apa dah
jadi?
Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali melahirkan rasa simpatinya
terhadap Amanah dan menegaskan bahawa sepatutnya lawan mereka adalah
Barisan Nasional dan bukannya PAS, sesama pembangkang.
“DAP mahu yang menggantikan Pas ini, Amanah. Sepatutnya yang lawan Pas
itu BN lah. Secara logik Lapan kerusi di Selangor yang disebut-sebut itu
ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Sri Serdang, Meru, Cempaka, Dusun
Tua, Tanjung Sepat dan Paya Jaras.ya. Bukan gantikan Pas.
“Tapi cara DAP ini seperti tidak percaya dengan keupayaan Amanah untuk melawan Pas,” katanya.
Namun begitu, walau parti mana pun yang akan bertanding pastinya PAS
tidak akan melepaskan kerusi yang dimiliki mereka sewenang-wenangnya
kepada Pakatan Harapan dan parti cebisan itu, bagi mereka lawan yang
harus mereka kalahkan hanyalah BN.
“Terpulanglah. Kita (Pas) akan tetap pertahankan kerusi kita. Siapa nak
lawan, lawanlah. Itu hak dia. Siapa-siapa pun bebas bertanding.
“Cuma saya fikir DAP buat kenyataan itu tidak bincang pun dengan rakan Pakatan Harapan dia.” Kata Mustafa.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment