Mungkin Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir nak pujuk balik
perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas puas menghentam. Sebab
itu la Mukhriz bertindak mahu memulihkan semula hubungan Umno dengan PAS
seperti suatu ketika dahulu.
Persoalannya mampukah Mukhriz untuk mewujudkan kembali kerjasama
diantara PAS dan Umno selepas beberapa persengketaan yang berlaku
dahulu? Mungkin dengan cara ni Mukhriz fikir dia boleh ambil balik hati
perdana menteri haha!
Jika hubungan diantara dua parti tersebut pulih semula, bonus lah bagi
Mukhriz. Perkara tersebut juga tidak mustahil berlaku kerana sekarang
PAS dilihat sedang terumbang ambing akibat dari pepecahan yang berlaku
dalam parti.
Menteri besar dan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah itu juga
melihat bahawa tindakan pengkianat-pengkianat melompat ke parti Amanah
telah membuka ruang kepada Umno untuk membaik pulih hubungan dan membina
semula titik persefahaman dalam parti Islam itu.
"Saya selalu sebut antara Umno dengan PAS ini begitu banyak sekali
persamaan berbanding dengan perbezaan, (tetapi) malangnya, biasalah
manusia yang perbezaan itulah kita ungkit, tetapi persamaan yang begitu
banyak itu kita tidak sebut," katanya.
Mukhriz juga tidak menolak cadangan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa
Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali yang mahukan penubuhan Majlis
Ukhuwah Islamiah Negara (Mui) dan bakal dianggotai Umno dan PAS. Serta
pertubuhan bukan kerajaan yang lain asalkan mereka memperjuangkan Melayu
dan agama Islam.
Dengan kerjasama tersebut mungkin peluang untuk Umno dan PAS bekerjasama semula dilihat lebih cerah berbanding sebelumnya..
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment