Bak kata orang tua-tua dahulu jangan terlalu membenci nanti lama-lama
jadi kawan, itulah yang berlaku sekarang ni kepada parti Pas dan NGO
pendesak Melayu PERKASA. Jika dahulu mereka bagaikan kucing dengan
anjing tapi sekarang ni bagaikan belangkas pula.
Sudah berbaik nampaknya, siap berpelukan mesra lagi tue haha. Baguslah
kan… Tapi jangan disangka semua orang suka dengan kemesraan yang
ditonjolkan Pas dan PERKASA. Rupa-rupanya dalam diam Setiausaha Agung
DAP Lim Guan Eng ni cemburu haha!
"Dulu punya lawan (sekarang) jadi kawan, sampai boleh peluk-memeluk
lagi, khususnya PERKASA (Datuk) Ibrahim Ali peluk sama peluk,” kata Guan
Eng.
Kata Guan Eng kononnya sikap Pas dan PERKASA ni buat rakyat lain garu
kepala dan kehairanan, sebab dulu musuh tapi sekarang kawan baik pulak.
Kerjasama yang dijalinkan sekarang ni membuatkan pengundi bukan Islam
berasa pelik.
Ehhh nak pelik apanya normal la mula-mula bertikam lidah lama kelamaan
berbaik semula. Atau mungkin Guan Eng dan DAP tergugat kot noh haha!
"Bukan sahaja pengundi bukan Melayu geleng kepala, kawan-kawan dan orang Melayu pun tanya apa pasal.
“Bersama dengan NGO PERKASA ini macam asabiyah. Kawan-kawan berkata, asabiyah tidak dibenarkan dalam Islam,” katanya.
Alaaa…. Biar jela itu hak Pas, apa yang nak dihairankan DAP. DAP sengaja
timbulkan pertanyaan tersebut kepada rakyat sebab nak bagi rakyat syak
bukan-bukan dan terus membenci Pas.
Atau mungkin sebelum ni Guan Eng teringin nak peluk Presiden PAS Datuk
Seri Abdul Hadi Awang macam Ibrahim buat tue, sebab tu dia jeles sangat
tue haha...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment