Walaupun pada zahirnya bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
dilihat seperti sudah menyerah kalah dalam misinya untuk menjatuhkan
kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Tapi
sebenarnya kita salah.
Mahathir sekarang ni dalam diam-diam masih bebas dan belum lagi berputus
asa untuk menghasut rakyat supaya membenci dengan kepimpinan Najib.
Tidak berhenti disitu, Mahathir sekarang ini bergerak ke Sarawak untuk
memperluaskan lagi hasutannya kepada rakyat pribumi disitu melalui
programnya di situ.
Oleh sebab demikianlah, Ketua Gerakan Merah, Mohd Ali Baharom atau lebih
dikenali Ali Tinju secara terus menerus mendesak supaya aktiviti tidak
sihat itu dihentikan, dan pihak berkuasa perlu mancari jalan lain supaya
tindakan tegas dikenakan terhadapnya.
“Adakah Tun. Dr. Mahathir kebal jenayah politik negara sesuka hati
berucap menghasut Rakyat supaya bencikan YAB. Datuk Seri Najib Tun
Razak, Perdana Menteri Malaysia yang sah.
“Persoalannya kenapa pihak berkuasa gagal sampai sekarang dakwa Tun Dr. Mahathir ?” katanya.
Mahathir turut diberi peringatan oleh Ali Tinju, jika dia terus menerus
mengkritik kepimpinan Najib dan menghasut rakyat, dia tanpa segan silu
akan mendesak Najib untuk menggugurkan Mukhriz Mahathir sebagai Menteri
Besar Kedah. Mungkin hanya dengan cara itu Mahathir akan sedar dan insaf
dari melakukan kerja hasutaan ni.
Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Melayu itu adalah antara
salah seorang dari beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
yang berani dan lantang bersuara dalam menghalang dan menghentam
Mahathir dari niat jahatnya...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment