Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Jazlan Mohamed mendedahkan bahawa
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mendapat layanan yang
paling special di penjara Sungai Buloh berbanding dengan ribuan banduan
yang lain.
Seperti dapat menunaikan solat Jumaat, mendapat rawatan kesihatan yang
‘berlebihan’ dan ditambah pula dengan fisioterapi. Untuk pengetahuan,
banduan-banduan lain kalau sakit dorang takde pun diberi rawatan special
sampai macam ni.
Bukan setakat tu je, Anwar juga diberi kelebihan untuk menjalankan
aktiviti lain. Nahhhhh dah diberi kelonggaran macam tu pun still lagi
anak sulung Anwar Nurul Izzah Anwar nak kondem yang pihak penjara tak
jaga bapak dia.
"Saya nak tegas sebanyak 50,000 banduan di seluruh penjara. Layanan
kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, dia diberi peluang untuk menjalankan
pelbagai aktiviti, solat Jumaat, fisioterapi dan rawatan (kesihatan),
terima sajalah.
"Ini fakta. Kerajaan memberikan layanan keistimewaan dan kemanusianan
kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan membenarkan beliau menjalankan
aktiviti lain dan banduan lain tidak dapat.” Kata Jazlan.
Sudah diberi layan kemanusian yang istimewa tapi tak tahu nak bersyukur.
Siap menipu pulak tu keracunan arsenik lah, sakit bahu la padahal
hampehhhh!
Jangan harap la Anwar nak dapat layanan istimewa seperti meletakkannya
di bawah tahan rumah supaya rawatan yang lebih baik dapat disalurkan.
Anwar tu sama level je dengan banduan yang lain. Kalau dah lakukan
kesalahan jenayah tu tempatnya dalam lokap je la yer bukan di rumah.
Ada hati pulak si Nurul Izzah tu nak bebaskan bapaknya semata-mata untuk
rawatan siap mintak tolong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment