Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa ahli-ahli
partinya telah sebulat suara bersetuju untuk tidak menyokong usul
menolak Bajet 2016 yang dicutuskan oleh Pakatan Harapan.
Pengecualian tersebut dibuat kerana PAS telah bersetuju dengan
pembentangan Baget 2016 yang dibuat oleh perdana menteri, Datuk Seri
najib Razak yang menyentuh semua aspek dan memberi hak sama rata kepada
rakyat.
Ahli-ahli parti PAS juga tidak menolak baget yang dibentangkan kerana
pembahagian baget tersebut memenuhi kehendak dasar parti Islam terbabit
iaitu memberi keutamaan kepada rakyat dan membantu golongan yang
memerlukan.
“Dalam soal tolak usul bajet, kita berkecuali dan tidak akan undi bagi
membangkang secara mutlak kerana dasar parti kita akan sokong
perkara-perkara positif untuk rakyat dan akan membantah perkara-perkara
negatif.
“Ada benda yang kita tidak setuju tetapi tidak mungkin kita akan sertai
saranan untuk bantah usul Belanjawan (Bajet) 2016,” katanya.
PAS juga tidak bersetuju dengan saranan yang dibuat oleh ahli Parlimen
Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang mahu
kesemua ahli parlimen pembangkang untuk menolak usul Bajet 2016 kononnya
sebagai satu protes bagi menjatuhkan kepimpinan perdana menteri.
Tambah PAS, parti Islam tersebut juga bersedia untuk bekerjasama dengan
Umno dan menjadi penasihat kepada parti tersebut sekiranya parti Melayu
itu merubah dasar perjuangan mereka.
“PAS sedia menjadi penasihat dan pembantu sekiranya Umno ubah dasar
pemerintahan. Kita bukan gilakan kuasa atau mahu menguasai Putrajaya.
Sekiranya mereka enggan terima nasihat atau pandangan, barulah kita akan
ambil pendekatan lain iaitu ‘ambil alih’ pemerintahan.
“Kita sekarang mahu perbetulkan kerajaan, bukan mahu ikut kerajaan atau
berebut jawatan. Kita sekarang bukan mahu jatuhkan perdana menteri
tetapi mahu perbetulkan dasar yang dibawa,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment