Tuesday, November 03, 2015

Penyokong PAS Kelantan "DERHAKA" Pada Hadi Awang...

Kempen "Mana RM2.6 bilion" yang dilancarkan sebaik sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selesai membentangkan Bajet 2016 pada 23 Oktober lalu kini sudah merebak ke Kelantan. Dan apa yang mengejutkan adalah kempen tersebut disambut baik oleh penyokong Pas di Kelantan dan termasuklah pemimpin Pas sendiri.

Walaupun Presiden PAS Hj Hadi Awang menolak untuk bersubahat dengan DAP yang menentang Bajet 2016, masih ada ahli serta penyokong PAS di Kelantan "derhaka" pada Presiden parti dengan menaikkan banner menolak bajet oleh Perdana Menteri.

Satu banner besar yang tertera tulisan "Mana RM2.6 bilion"  telah dinaikkan oleh Pas Kota Bharu pada 28 Oktober lalu dengan tujuan menghasut rakyat untuk menyertai kempen tersebut.

Kempen mereka tidak terhenti disitu sahaja, poster-poster kecil juga turut ditampal di sekitar bandar Kota Bharu. Akibat dari perbuatan biadap penyokong dan pemimpin Pas, tindakan mereka telah menaikkan darah pihak tertentu sehingga mereka bertindak membakar banner besar yang dinaikkan itu.

Kesan banner yang dibakar dan sisa-sisa poster yang tertinggal masih lagi kelihatan di sekitar ibu negeri tersebut. Menjawab teka teki siapa pelaku terbabit, Seorang pengguna Facebook mengaku membakar banner tersebut kerana naik angin dengan penghinaan yang dilakukan oleh Pas melalui satu status di akaun Facebooknya.

Namun begitu, dengan rasa tidak bersalahnya Pas kawasan Kota Bharu ditemani pemangku yang dipertuanya, Dr Rosli Ahlani membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baru, dekat Pengkalan Chepa.

Tidak cukup dengan itu mereka bertindak menaikkan semula sepanduk yang tertulis "Mana RM2.6 bilion" sebagai satu protes untuk ditunjukan kepada wartawan. Turut kelihatan sepanduk tertera "Mana RM14.6 juta tunggakan YIK". Kononnya mesej khas itu hendak ditujukan kepada kerajaan negeri. Biadapkan dorang ni, sudah la cakap tak serupa bikin, kejap cakap sokong kejap protes..

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment