Tuesday, November 03, 2015

PAS Tak Mahu Lagi Bersubahat Dengan DAP Jatuhkan Perdana Menteri

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa ahli-ahli partinya telah sebulat suara bersetuju untuk tidak menyokong usul menolak Bajet 2016 yang dicutuskan oleh Pakatan Harapan.

Pengecualian tersebut dibuat kerana PAS telah bersetuju dengan pembentangan Baget 2016 yang dibuat oleh perdana menteri, Datuk Seri najib Razak yang menyentuh semua aspek dan memberi hak sama rata kepada rakyat.

Ahli-ahli parti PAS juga tidak menolak baget yang dibentangkan kerana pembahagian baget tersebut memenuhi kehendak dasar parti Islam terbabit iaitu memberi keutamaan kepada rakyat dan membantu golongan yang memerlukan.

“Dalam soal tolak usul bajet, kita berkecuali dan tidak akan undi bagi membangkang secara mutlak kerana dasar parti kita akan sokong perkara-perkara positif untuk rakyat dan akan membantah perkara-perkara negatif.

“Ada benda yang kita tidak setuju tetapi tidak mungkin kita akan sertai saranan untuk bantah usul Belanjawan (Bajet) 2016,” katanya.

PAS juga tidak bersetuju dengan saranan yang dibuat oleh ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang mahu kesemua ahli parlimen pembangkang untuk menolak usul Bajet 2016 kononnya sebagai satu protes bagi menjatuhkan kepimpinan perdana menteri.

Tambah PAS, parti Islam tersebut juga bersedia untuk bekerjasama dengan Umno dan menjadi penasihat kepada parti tersebut sekiranya parti Melayu itu merubah dasar perjuangan mereka.

“PAS sedia menjadi penasihat dan pembantu sekiranya Umno ubah dasar pemerintahan. Kita bukan gilakan kuasa atau mahu menguasai Putrajaya. Sekiranya mereka enggan terima nasihat atau pandangan, barulah kita akan ambil pendekatan lain iaitu ‘ambil alih’ pemerintahan.

“Kita sekarang mahu perbetulkan kerajaan, bukan mahu ikut kerajaan atau berebut jawatan. Kita sekarang bukan mahu jatuhkan perdana menteri tetapi mahu perbetulkan dasar yang dibawa,” katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment