Tuesday, November 03, 2015
Rakyat Akan Tolak DAP Dalam PRU14, Kata Pemimpin PAS
KUALA LUMPUR : DAP dinasihatkan menerima realiti tentang akar umbi
sejarah, latar belakang budaya dan susur galur nilai yang telah
membentuk struktur sosial dan tatacara politik Malaysia.
Pengarah Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata
kerakusan DAP membelakangkan faktor-faktor keharmonian dan kestabilan
itu lambat laun akan disedari oleh rakyat termasuk kaum Cina.
Malah katanya, Pas yakin rakyat akan menolak DAP dalam pilihanraya umum akan datang.
“Semenjak Pas bertahaluf bersama DAP sebelum ini, kami telah menelaah
strategi DAP untuk menguasai Malaysia melalui Pakatan Rakyat (PR),
iaitu dengan memaksimakan kemenangan calon-calon bukan Islam dan
meminimakan kemenangan calon-calon Islam.
“Pendekatan mereka ialah dengan memainkan isu-isu sensitif berkaitan
sentimen agama dan kaum, seperti isu kalimah Allah, penolakan
dasar-dasar afirmatif seumpama Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan lain-lain.
“Ketika itu, Pas sentiasa menjadi halangan utama disebabkan
manipulasi isu seperti ini akan merugikan PR secara keseluruhan,”
katanya dalam kenyataan semalam.
Dr Mohd Zuhdi berkata demikian dalam reaksinya terhadap kepimpinan
DAP yang dilihat semakin menyerlahkan kerakusan mereka bersama Pakatan
Harapan (PH) untuk menawan Putrajaya.
Tambahnya, DAP juga memutuskan mahu bertanding di kerusi-kerusi yang
dimenangi Pas di Selangor di mana ia jelas membelakangkan Parti Amanah
Negara (Amanah) yang diyakini mempunyai keinginan bertanding di kerusi
yang sama.
“Selain daripada itu, DAP terus mendesak Menteri Besar Selangor yang
juga Timbalan Presiden PKR untuk menyingkirkan exco-exco Pas.
“Jelas sekali DAP kini cuba memperbudak-budakkan parti-parti lain
dalam PH,” katanya sambil berkata kerakusan DAP untuk menawan Malaysia
makin terserlah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment