Tuesday, November 03, 2015

Rakyat Akan Tolak DAP Dalam PRU14, Kata Pemimpin PAS

PAS DAP
KUALA LUMPUR : DAP dinasihatkan menerima realiti tentang akar umbi sejarah, latar belakang budaya dan susur galur nilai yang telah membentuk struktur sosial dan tatacara politik Malaysia.

Pengarah Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata kerakusan DAP membelakangkan faktor-faktor keharmonian dan kestabilan itu lambat laun akan disedari oleh rakyat termasuk kaum Cina.

Malah katanya, Pas yakin rakyat akan menolak DAP dalam pilihanraya umum akan datang.

“Semenjak Pas bertahaluf bersama DAP sebelum ini, kami telah menelaah strategi DAP untuk menguasai Malaysia melalui Pakatan Rakyat (PR), iaitu dengan memaksimakan kemenangan calon-calon bukan Islam dan meminimakan kemenangan calon-calon Islam.

“Pendekatan mereka ialah dengan memainkan isu-isu sensitif berkaitan sentimen agama dan kaum, seperti isu kalimah Allah, penolakan dasar-dasar afirmatif seumpama Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan lain-lain.

“Ketika itu, Pas sentiasa menjadi halangan utama disebabkan manipulasi isu seperti ini akan merugikan PR secara keseluruhan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dr Mohd Zuhdi berkata demikian dalam reaksinya terhadap kepimpinan DAP yang dilihat semakin menyerlahkan kerakusan mereka bersama Pakatan Harapan (PH) untuk menawan Putrajaya.

Tambahnya, DAP juga memutuskan mahu bertanding di kerusi-kerusi yang dimenangi Pas di Selangor di mana ia jelas membelakangkan Parti Amanah Negara (Amanah) yang diyakini mempunyai keinginan bertanding di kerusi yang sama.

“Selain daripada itu, DAP terus mendesak Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR untuk menyingkirkan exco-exco Pas.

“Jelas sekali DAP kini cuba memperbudak-budakkan parti-parti lain dalam PH,” katanya sambil berkata kerakusan DAP untuk menawan Malaysia makin terserlah.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment