Menjelang taklimat khas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk
pimpinan utama parti itu di Kota Bharu Sabtu ini, Majlis Syura PAS
mengeluarkan kenyataan rasmi pagi Rabu menerangkan keputusan yang dibuat
dalam mesyuarat Majlis Syura PAS pada 2 Januari lalu.
Majlis Syura merupakan badan tertinggi pembuat keputusan PAS memutuskan
bahawa PAS akan bekerjasama dengan mana-mana pihak (termasuk UMNO) demi
Islam tetapi tidak akan menyertai BN sebagai satu parti komponen.
Ini satu keputusan yang penting dalam konteks politik Malaysia kerana
PAS merupakan parti pembangkang paling berpengaruh dan satu-satunya
pencabar UMNO yang teruji dalam mana-mana pilihanraya sejak merdeka
lagi.
Menurut Setiausaha Majlis Syura PAS Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik
Salleh keputusan meneruskan kerjasama itu dibuat berdasarkan Nas
al-Quran dan hadis Nabi Muhammad S.A.W.
Namun katanya, PAS tidak akan menyertai BN.
"Salah satu daripada dasar Islam yang dipegang oleh Pas ialah
bekerjasama dan tolong -menolong dalam perkara kebaikan dan ketakwaan.
Hal ini berasaskan kepada firman ALLAH SWT di dalam Al-Qur?an.
"Sementara itu hadis Nabi riwayat Imam Bukhari juga ada menyatakan
bahawa ?"Tolonglah saudaramu yang zalim dan yang dizalimi. Lalu ditanya
kepada Baginda, Ya Rasulullah S.A.W kami tahu untuk menolong orang yang
dizalimi tapi bagaimana pula kami akan menolong orang yang zalim,
Baginda menjawab , elak dan cegah mereka dari melakukan kezaliman itulah
erti menolong mereka.
"Berdasarkan kepada nas-nas tersebut, keputusan ini dibuat," katanya menerusi satu kenyataan medianya hari ini.
Kerjasama antara PAS dan UMNO kembali mencuri perhatian apabila Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasar presiden di
Perhimpunan Agung UMNO menghulurkan 'tali silaturahim' kepada PAS untuk
sama-sama membina dan membangunkan negara mengikut syariat Islam
sebenarnya .
Najib sekali lagi menyatakan hasratnya itu di hadapan Presiden PAS,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika kedua-duanya berkongsi pentas di
Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar hujung bulan lalu.
Pemimpin kedua-dua parti menyambut kerjasama ini dengan pelbagai nada,
namun secara ratanya bersetuju UMNO dan PAS bersatu dalam isu-isu yang
melibatkan kepentingan Islam dan ummah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN


No comments:
Post a Comment