
Ini kisah parti kecil bernafsu besar Parti Amanah Negara (PAN) serpihan
PAS yang tak ada ahli tapi dianggotai sebahagaian besar bekas pemimpin
pro DAP dalam PAS sebelum ini.
Al kisah PAN teringin nak berunding dengan PAS mengenai kerusi dalam
PRU14 nanti... entahlah nak bertanding di mana tapi PAS nampaknya tak
bergoyang iaitu pintu rundingan tidak pernah dibuka.
Menurut Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah perbincangan itu
tidak perlu diadakan kerana PAN pernah membuat perjanjian dengan parti
itu untuk tidak bertanding di Kelantan.
"Tapi dia (PAN) kena ingat janji dia dahulu (untuk tidak bertanding) di Kelantan... orang ingat janji dia tu.
"Kalau dia nak bertanding itu hak dia. Dalam negara demokrasi tak ada orang boleh ganggu," katanya.
Mohd Amar mengulas kenyataan Pengerusi PAN Kelantan Datuk Wan Abdul
Rahim Wan Abdullah semalam bahawa PAN masih membuka pintu rundingan
dengan PAS bagi mengelak berlakunya pertembungan tiga penjuru pada
pilihan raya umum nanti.
Mohd Amar, yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, PAS tidak
akan menghantar wakilnya untuk menghadiri sebarang perbincangan dengan
PAN kerana dari awal lagi PAS "tak ada apa-apa hubungan" dengan parti
itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment