Wednesday, January 06, 2016
Apa Masalah Mahathir Ni Sehingga Mempertikaikan RAYANI AIR Pulak?
Seumpama produk yang semakin usang dan tiada pembeli, maka diwujudkan
sesuatu yang bersifat kontorversi untuk meletakkan kembali dirinya di
pasaran.
Itulah Mahathir! Kali ini seperti sengaja mengambil alih tugas ahli
Majlis Fatwa Kebangsaan apabila mengeluarkan ‘fatwa’ terbaru beliau
seperti yang dilaporkan dalam sebuah portal pro pembangkang.
Kepelikan pemikiran ‘perdana’ Mahathir terserlah apabila beliau selalu pantas mendepani isu berkaitan sensitiviti keagamaan.
Seperti zaman beliau berkuasa dahulu, beliau selamba akan bercakap
seolah-olah lagak mufti muktabar bila mengulas isu berkaitan. Itu
tingkahnya dahulu.
Bertudung Tak Semestinya Muslim?
Kali ini beliau menyentuh mengenai strategi Rayani Air yang mewajibkan
pramugari penerbangannya agar memakai tudung yang dituduhnya sebagai
mengambil kesempatan serta keuntungan terhadap bakal penumpang yang
terdiri daripada orang Islam.
Kenapa seorang yang dianggap negarawan tersohor khususnya oleh para
pentaksubnya hendak mempertikaikan kebaikan yang cuba diterapkan oleh
sebuah syarikat penerbangan yang difahamkan pemiliknya bukan Islam?
Sedangkan kebaikan yang dilakukan itu merupakan tuntutan wajib kepada seorang muslim perempuan.
Apakah kerana dia terbukti gagal untuk mengubah polisi dan etika pakaian
pramugari dan petugas MAS sepanjang era pemerintahan beliau menyebabkan
beliau tidak mahu ada orang lain memadamkan kelemahan yang beliau telah
lakukan dulu?
Tambahan pula individu yang cuba melakukan adalah bukan seorang Muslim?
Mahathir ‘Berjaya’?
Beliau jelas cuba mempertahankan kegagalannya sebagai orang paling
berkuasa di Malaysia satu ketika dulu dengan mengekalkan MAS sebagai
syarikat penerbangan yang tidak membenarkan anak-anak kapalnya
mengenakan tudung ketika bertugas dalam penerbangan.
Selain menutup kegagalannya meletakkan MAS sebagai sebuah syarikat yang
berdaya maju di dunia dan natijahnya MAS sentiasa mencatatkan kerugian
dari tahun ke tahun sehingga pernah diselamatkan daripada muflis.
Semua itu tercatat menjadi sejarah dan legasinya terpaksa pula dipikul
oleh pemerintah semasa yang beliau tak pernah berhenti untuk menjadi
penentang nombor wahid sehingga mencetuskan persengketaan yang seperti
tiada penghujungnya.
Mahathir Sinis Kenyataan Mufti Populis
Kenyataan Mahathir terbukti amat prejudis kepada pemilik Rayani Air yang beragama Hindu itu.
Apakah tuduhan yang dilemparkan kepada pemilik Rayani Air itu berasas
atau sebenarnya mahu menonjolkan dirinya berfahaman terlalu liberal dan
seolah-olah sejalan dengan apa yang diperjuangkan oleh Gerakan G25 yang
heboh diperkatakan sekarang ini.
Mahathir sebenarnya tidak perlu untuk menyentuh hal berkaitan agama
kerana beliau bukanlah orang yang ahli untuk bercakap secara terbuka
mengenai Islam.
Dengan mempertahankan polisi tidak bertudung tidak semestinya
mencerminkan seseorang itu bukan Islam adalah kenyataan yang menafikan
apa yang diperintahkan Allah secara sedar.
Cuma Mahathir amat bernasib baik kerana seorang Mufti di sebuah negeri
yang kononnya simpati dengan nasib pramugari Muslim yang dipaksa
menyediakan arak ketika penerbangan serta lantang menghentam, menyindir
kegagalan kerajaan semasa mengubah polisi berpakaian MAS dan penyediaan
arak ketika penerbangan adalah seorang yang mengganggap beliau sebagai
ayahandanya sendiri.
Mana mungkin seorang ‘anak’ akan mencela kenyataan yang dikeluarkan oleh ‘bapa’ sendiri.
Hanya sekiranya Najib yang mengeluarkan kenyataan sedemikian maka
nantikan letupan tembakan tak berhenti seperti sambutan hari keramaian
negara seadanya keluar secara terus tanpa tapisan dua kali pemeringkatan
oleh mufti berkenaan.
Ia kedengaran lucu tetapi hakikatnya amat benar sekali seperti yang
dilakukan selalu. Prejudis dengan persepsi ganas tanpa henti oleh mereka
yang membenci seorang pemerintah bernama Najib Tun Razak.
Memorandum Rakyat
Jika dibuat memorandum dalam kalangan rakyat, apakah mereka bersetuju
semua anak kapal syarikat penerbangan milik rakyat Malaysia diberikan
kelonggaran memakai tudung untuk pramugari dan tidak menyediakan arak
sepanjang penerbangan, maka jangan terkejut sekiranya jumlah yang
menyokong polisi bertudung ini akan mencapai lebih 90 peratus kerana
umum lebih gemar kepada penerbangan yang menepati cara Islam selain
tidak menyediakan arak ketika penerbangan berlangsung.
Takkan sesekali timbul soal siapa pemilik sama ada muslim atau sebaliknya.
Bagi mereka apa yang paling penting ialah mahu menerapkan walaupun hanya
sekadar asas kerana Islam itu menyeluruh dan tiada maslah kalau pun
individu yang hendak menjalankan bukan muslim.
Itu sebenarnya lebih baik daripada seorang muslim yang pernah berkuasa
penuh tetapi enggan mengubah ketika mempunyai kuasa dan terus tegas
untuk mempertahankannya walaupun saat penghujung masa politiknya.
Hairannya, masih ada yang masih kekal mengikut ‘sabda’ yang dikeluarkan
individu bernama Mahathir ini.
Desperado Seorang Mahathir
Mungkinkah kerana satu lagi syarikat penerbangan iaitu Berjaya Air yang
juga milik seorang sahabat baiknya semakin menuju ke penghujung
kegemilangan akibat kegagalan menangani krisis kewangan global seperti
yang dilaporkan dan juga syarikat penerbangan AirAsia yang dilaporkan
mencatat kerugian 405.73 juta untuk suku tahun ketiga 2015, maka
Mahathir juga mahu Rayana Air turut gulung tikar juga dengan
mempertikaikan strategi perniagaan yang direncana pemiliknya itu
menggunakan sentimen agama?
Timbul persoalan iaitu apakah Mahathir sedang mengintai kerusi Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan selepas ini?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment