Wednesday, January 06, 2016

Apa Masalah Mahathir Ni Sehingga Mempertikaikan RAYANI AIR Pulak?

Seumpama produk yang semakin usang dan tiada pembeli, maka diwujudkan sesuatu yang bersifat kontorversi untuk meletakkan kembali dirinya di pasaran.

Itulah Mahathir! Kali ini seperti sengaja mengambil alih tugas ahli Majlis Fatwa Kebangsaan apabila mengeluarkan ‘fatwa’ terbaru beliau seperti yang dilaporkan dalam sebuah portal pro pembangkang.

Kepelikan pemikiran ‘perdana’ Mahathir terserlah apabila beliau selalu pantas mendepani isu berkaitan sensitiviti keagamaan.

Seperti zaman beliau berkuasa dahulu, beliau selamba akan bercakap seolah-olah lagak mufti muktabar bila mengulas isu berkaitan. Itu tingkahnya dahulu.

Bertudung Tak Semestinya Muslim?

Kali ini beliau menyentuh mengenai strategi Rayani Air yang mewajibkan pramugari penerbangannya agar memakai tudung yang dituduhnya sebagai mengambil kesempatan serta keuntungan terhadap bakal penumpang yang terdiri daripada orang Islam.

Kenapa seorang yang dianggap negarawan tersohor khususnya oleh para pentaksubnya hendak mempertikaikan kebaikan yang cuba diterapkan oleh sebuah syarikat penerbangan yang difahamkan pemiliknya bukan Islam?

Sedangkan kebaikan yang dilakukan itu merupakan tuntutan wajib kepada seorang muslim perempuan.

Apakah kerana dia terbukti gagal untuk mengubah polisi dan etika pakaian pramugari dan petugas MAS sepanjang era pemerintahan beliau menyebabkan beliau tidak mahu ada orang lain memadamkan kelemahan yang beliau telah lakukan dulu?

Tambahan pula individu yang cuba melakukan adalah bukan seorang Muslim?

Mahathir ‘Berjaya’?

Beliau jelas cuba mempertahankan kegagalannya sebagai orang paling berkuasa di Malaysia satu ketika dulu dengan mengekalkan MAS sebagai syarikat penerbangan yang tidak membenarkan anak-anak kapalnya mengenakan tudung ketika bertugas dalam penerbangan.

Selain menutup kegagalannya meletakkan MAS sebagai sebuah syarikat yang berdaya maju di dunia dan natijahnya MAS sentiasa mencatatkan kerugian dari tahun ke tahun sehingga pernah diselamatkan daripada muflis.

Semua itu tercatat menjadi sejarah dan legasinya terpaksa pula dipikul oleh pemerintah semasa yang beliau tak pernah berhenti untuk menjadi penentang nombor wahid sehingga mencetuskan persengketaan yang seperti tiada penghujungnya.

Mahathir Sinis Kenyataan Mufti Populis

Kenyataan Mahathir terbukti amat prejudis kepada pemilik Rayani Air yang beragama Hindu itu.

Apakah tuduhan yang dilemparkan kepada pemilik Rayani Air itu berasas atau sebenarnya mahu menonjolkan dirinya berfahaman terlalu liberal dan seolah-olah sejalan dengan apa yang diperjuangkan oleh Gerakan G25 yang heboh diperkatakan sekarang ini.

Mahathir sebenarnya tidak perlu untuk menyentuh hal berkaitan agama kerana beliau bukanlah orang yang ahli untuk bercakap secara terbuka mengenai Islam.

Dengan mempertahankan polisi tidak bertudung tidak semestinya mencerminkan seseorang itu bukan Islam adalah kenyataan yang menafikan apa yang diperintahkan Allah secara sedar.

Cuma Mahathir amat bernasib baik kerana seorang Mufti di sebuah negeri yang kononnya simpati dengan nasib pramugari Muslim yang dipaksa menyediakan arak ketika penerbangan serta lantang menghentam, menyindir kegagalan kerajaan semasa mengubah polisi berpakaian MAS dan penyediaan arak ketika penerbangan adalah seorang yang mengganggap beliau sebagai ayahandanya sendiri.

Mana mungkin seorang ‘anak’ akan mencela kenyataan yang dikeluarkan oleh ‘bapa’ sendiri.

Hanya sekiranya Najib yang mengeluarkan kenyataan sedemikian maka nantikan letupan tembakan tak berhenti seperti sambutan hari keramaian negara seadanya keluar secara terus tanpa tapisan dua kali pemeringkatan oleh mufti berkenaan.

Ia kedengaran lucu tetapi hakikatnya amat benar sekali seperti yang dilakukan selalu. Prejudis dengan persepsi ganas tanpa henti oleh mereka yang membenci seorang pemerintah bernama Najib Tun Razak.

Memorandum Rakyat

Jika dibuat memorandum dalam kalangan rakyat, apakah mereka bersetuju semua anak kapal syarikat penerbangan milik rakyat Malaysia diberikan kelonggaran memakai tudung untuk pramugari dan tidak menyediakan arak sepanjang penerbangan, maka jangan terkejut sekiranya jumlah yang menyokong polisi bertudung ini akan mencapai lebih 90 peratus kerana umum lebih gemar kepada penerbangan yang menepati cara Islam selain tidak menyediakan arak ketika penerbangan berlangsung.

Takkan sesekali timbul soal siapa pemilik sama ada muslim atau sebaliknya.

Bagi mereka apa yang paling penting ialah mahu menerapkan walaupun hanya sekadar asas kerana Islam itu menyeluruh dan tiada maslah kalau pun individu yang hendak menjalankan bukan muslim.

Itu sebenarnya lebih baik daripada seorang muslim yang pernah berkuasa penuh tetapi enggan mengubah ketika mempunyai kuasa dan terus tegas untuk mempertahankannya walaupun saat penghujung masa politiknya. Hairannya, masih ada yang masih kekal mengikut ‘sabda’ yang dikeluarkan individu bernama Mahathir ini.

Desperado Seorang Mahathir

Mungkinkah kerana satu lagi syarikat penerbangan iaitu Berjaya Air yang juga milik seorang sahabat baiknya semakin menuju ke penghujung kegemilangan akibat kegagalan menangani krisis kewangan global seperti yang dilaporkan dan juga syarikat penerbangan AirAsia yang dilaporkan mencatat kerugian 405.73 juta untuk suku tahun ketiga 2015, maka Mahathir juga mahu Rayana Air turut gulung tikar juga dengan mempertikaikan strategi perniagaan yang direncana pemiliknya itu menggunakan sentimen agama?

Timbul persoalan iaitu apakah Mahathir sedang mengintai kerusi Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan selepas ini?

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment