EDITOR MENULIS...
6 JANUARI 2016
Semenjak Pakatan Rakyat berkubur dan tidak lagi bekerjasama dengan
PAS, DAP bagaikan sudah menghidu bahawa peluang pembangkang untuk
menawan Putrajaya semakin malap.
Tidak mungkin parti itu boleh berharap kepada PKR dan AMANAH
semata-mata kerana kedua-dua parti itu pun tidak mendapat sokongan
golongan sasar seperti yang dicapai PAS.
PKR semakin hilang bisa selepas Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dihukum penjara kerana kesalahan meliwat.
AMANAH pula yang diterajui pemimpin-pemimpin PAS yang tewas juga
hanya berharap ihsan DAP dan PKR untuk terus kekal sehingga PRU 14.
Oleh
itu, Lim Kit Siang cuba menggunakan taktir kotor untuk cuba
mempengaruhi pemimpin, cawangan dan ahli UMNO yang pada fikirannya tidak
puas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Penasihat DAP itu dalam kenyataannya berterus terang menyatakan
partinya dan Pakatan Harapan sedia bekerjasama dengan pemimpin UMNO
yang tidak berpuas hati kononnya dalam usaha menyelamatkan negara
daripada “rasuah, ketidakadilan sosioekonomi dan kegagalan dalam
pembinaan bangsa”.
Ahli Parlimen Gelang Patah yang digantung sebagai ahli Dewan Rakyat
selama enam bulan itu mendakwa, 2015 merupakan tahun yang buruk untuk
rakyat Malaysia dan tiada tanda menunjukkan 2016 akan menjadi lebih baik
dengan begitu banyak skandal masih belum diselesaikan.
“DAP dan Pakatan Harapan sedia bekerja dan bersama pemimpin, cawangan
dan ahli Umno yang tidak berpuas hati dalam satu penjajaran politik
baharu untuk menyelamatkan Malaysia daripada rasuah berleluasa,
ketidakadilan sosioekonomi yang meluas dan kegagalan membina negara
bangsa,” katanya baru-baru ini.
Kit Siang menyelar perutusan Tahun Baru Perdana Menteri sebagai satu
contoh sindrom penafian kerana Najib menafikan kewujudan masalah dan
skandal tersebut.
Seperti biasa Kit Siang mengaitkan keadaan polarisasi kaum dan agama
yang semakin teruk, peningkatan kos sara hidup akibat GST, Rang
Undang-undang Majlis Keselamatan Negara, derma M2.6 bilion dan 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) sebagai antara masalah yang melanda negara.
Sebenarnya, pemimpin veteran DAP itu sedar bahawa dalam tempoh
kira-kira dua tahun sebelum PRU 14, Pakatan Harapan sudah terlepas
peluang untuk mengulangi kejayaan pembangkang menawan 89 kerusi parlimen
seperti PRU 13.
Apabila PAS menamatkan kerjasama politik dengan parti itu, DAP
percaya mereka boleh berharap kepada AMANAH yang dipimpin Mohamad Sabu.
Malangnya, AMANAH kini juga masih terkial-kial mencari pengaruh dan
dilihat lebih berharap simpati PKR dan DAP sahaja untuk kekal relevan.
Kerana itu, Kit Siang cuba menangguk di air keruh apabila menyatakan
kesediaan menerima pemimpin dan ahli-ahli UMNO yang kononnya kecewa
terhadap Najib untuk menyokong perjuangan Pakatan Harapan.
Alasan isu GST, 1MDB, dana RM2.6 bilion sebagai beban rakyat adalah
perkara basi yang diulang-ulang oleh pembangkang sejak beberapa tahun
lalu.
Rakyat sudah mendengar penjelasan kerajaan berhubung isu-isu tersebut
dan yang tidak mahu mendengar hanyalah pimpinan pembangkang.
Mereka akan terus memutar belitkan isu tersebut bagi kepetingan
pembangkang sehingga pilihan raya akan datang dengan harapan menagih
sokongan dan simpati rakyat.
Lagipun jika PAS pun tidak percaya kepada DAP, mustahil pemimpin dan
ahli-ahli UMNO boleh mengikut telunjuk parti itu atau Kit Siang
khususnya.
Walaupun mendakwa 2015 tahun yang buruk untuk rakyat Malaysia tetapi
Pulau Pinang dan Selangor yang ditadbir DAP serta PKR tetap membangun
dengan pelbagai projek mewah.
Jika Malaysia dikedudukan yang teruk pada Tahun 2015, mustahil Pulau
Pinang yang diketuai Lim Guan Eng boleh bermegah-megah dengan pelbagai
pencapaian di sektor ekonomi, pembangunan dan sebagainya.
Apa yang jeas, Kit Siang hanya cuba mengambil peluang terhadap
isu-isu semasa untuk populariti supaya DAP tidak ketandusan isu
menjelang PRU 14 nanti.
Fikir-fikirkanlah...
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri Bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
No comments:
Post a Comment