Empat kakitangan sebuah syarikat penerbangan tambang murah, Lion Air
kerana disyaki mencuri barangan daripada bagasi penumpang pesawat itu.
Mereka hanya dikenali sebagai S, M, A dan H.
Jurucakap Pihak berkuasa Lapangan Antarabangsa Soekarto-Hatta, Senior
Komisioner Mohamamd Iqbal berkata, suspek yang dikenal pasti bekerja di
bahagian pengendalian bagasi dan keselamatan.
"Mereka membuka bagasi penumpang dan mengambil beberapa barangan ketika
bertugas dan ia dikesan menerusi CCTV yang dirakam," katanya yang
dilaporkan agensi berita Antara.
Siasatan terhadap tiga lelaki terlibat mendapati mereka bekerjasama untuk mencuri barangan milik penumpang.
Kata Iqbal, pihaknya menahan A,H dan M pada 18 Disember selepas kegiatan
mereka terbongkar menerusi rakaman CCTV pada 16 November lalu, manakala
S ditahan di Kalideres di Jakarta Barat pada Isnin.
Soal siasat terhadap S mendedahkan, mereka telah 13 kali mencuri barangan penumpang tahun lalu.
Susulan kejadian itu, pengendali lapangan terbang itu akan meningkatkan
kawalan keselamatan bagi mengelak kejadian sama berulang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment